Ahad, Jun 14, 2015

Adinda Sultan Johor, Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar membidas kenyataan Tun Dr Mahathir yang cuba menyalahkan ayahandanya berhubung isu pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988.

Menurut Tunku Abdul Majid, Mantan Perdana Menteri itu tidak sepatutnya meletakkan kesalahan itu terhadap mereka yang telah meninggal dunia.
“Mahathir mengunakan ayahanda saya untuk menyingkirkan Tun Salleh, beliau seorang individu yang baik dan (almarhum) ayahanda saya mengiktirafnya dan telah berbaik dengannya.
“Mahathir tolong jangan letak kesalahan (tersebut) pada orang yang tidak boleh mempertahankan dirinya” bidas baginda melalui catatan Facebooknya semalam.
Menurut anakanda almarhum Sultan Johor itu, dakwaan Mahathir itu tidak berasas kerana jarak antara istana Johor dan rumah Tun Salleh agak jauh dan adalah mustahil bunyi bising yang dimaksudkan itu boleh didengar dengan jarak tersebut.
“Kita manusia tak lari dari kesilapan. Arwah ayah saya ada baik dan buruknya tetapi semua rakyat tahu baginda adalah seorang Sultan yang Amanah, Jujur dan sentiasa menjaga kepentingan rakyat dan negeri Johor di atas segala-galanya.
“… apa yang saya nak katakan adalah mustahil yang Mahathir mengatakan Tun Salleh cakap rumah Tuanku bising sedangkan rumah Tun Salleh dan arwah ayah saya terlampau jauh (dan) kalau memandu pun mengambil masa lebih dari 5 minit jadi macam mana renovation istana boleh tun dengar” ujarnya lagi.
Selain Tunku Abdul Majid, kenyataan Mahathir itu turut dibidas oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sambil menyifatkan Mahathir cuba memanipulasi isu tersebut.
“Pada masa itu, Tun Salleh tinggal kediaman rasmi Ketua Hakim di Jalan Conlay. Tiada sebarang kerja pengubahsuaian yang dilakukan di Istana Johor.
“Bunyi bising yang dimaksudnya (Mahathir) itu datang dari kerja-kerja pembinaan rumah pangsa Conlay yang bersebelahan dengan rumah Tun Salleh” ujar baginda pula.
Pentadbiran Mahathir sebelum ini didakwa sebagai bertangungjawab menyekat kuasa dan peranan institusi perundangan negara. Mahathir sebelum ini dikatakan membalas dendam dengan memecat Salleh pada tahun 1988 kerana keputusannya mengharamkan UMNO sebagai sebuah parti politik. - SUMBER

PS: Persoalannya, macam mana orang yang dah meninggal dunia nak membela dirinya sendiri???
Categories:

20 ulasan:

  1. Alahai Tengku Majid... kisah pukul orang sebab kalah main hoki tak cerita ke? Itu belum lagi kisah kedi kena balun sampai mati , Yang tu tak nak ungkit ke?

    BalasPadam
  2. Kebodohan Umno Tuli, lain yang dibangkitkan, lain yang dikaitkan. Orang tanya duit 1MDB, jawab sajalah. Tun M bukan PM pun, dah 13 tahun dah dia bersara. Awat yang banggang sangat? Buatlah report polis kalau ada buat salah. Kalau pencuri masuk mencuri rumah kita, kita tak salahkan pencuri sebab rumah yang dicurinya pernah buat salah lain. Akai ada ka?

    BalasPadam
  3. WEI....PARA JEMUAN, PARA PENCEN DAN PARA MUFLIS......ELOK KORANG SUROH TUN M SENYAP. LAGI LAMA LAGI MENGARUT. LAGI BANYAK PEKUNG TERBONGKAR. JANGAN TERSENGIH2.....
    DULU AKU RESPECT DAN SANJUNG TUN M. SEJAK TUN M TELAH DIPERGUNA.....DAH HILANG DAH.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lantak ko lah, aku lagi respect Tun M. Dia bukan PM dah, yang ko sakit hari kat dia apa hal. Ko ingat Tun M tu jenis yang boleh dipergunakan ke? Mungkin ko ni berhingus lagi waktu Tun M jadi PM. Kalau ko banding dia dengan Najib, bagai langit dengan bumilah. Najib tu kaki songlap.

      Padam
  4. Mahathir belajar dari Lee Kuan Yew. Dalam buku LKY my memoir, LKY membidas Tengku Abdul Rahman, Jaafar Albar dan Tan Sri Hassan Yunus. Ramai yang mempertikaikan kesahihannya dan membidas LKS kerana mengaitkan orang yg tiada.

    Sekurang2nya generasi Singapura akan datang tidak menyalahkan beliau yg menyebabkan Singapura ditendang dari Malaysian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Implant slogan Melayu mudah lupa supaya melayu dah lupa..Tapi Melayu tak lupa... Diam bukan bodoh... senyum tak tentu setuju... angguk sebab dah bosan.. LKY dgn dia...same old skool... Prof DiRaja kita belum berselera nak bersuara lagi... bukan di tak tahu... harap tiba masanya kita dengar Penny drop... sekeping sekeping... Masa Regim lama kita sokong sebab utamakan kekuatan politik Melayu...Kini org yg pernah kita sokong nak perosak Pemimpin melayu bermakna nak kutak katik kuasa politik Melayu... hampeh..sungguh.

      Padam
  5. ..sejarah keluarga sendiri pun tak tau.. hehe..

    BalasPadam
  6. Yang Blogger dok menyibuk pasal apa, nak berlaga-laga orang ke atau kerana bayaran yang lumayan? Sudahla cari jalan penyelesaian bukan jadi batu api?

    BalasPadam
  7. Kuasa siapa yg boleh PECAT Ketua Hakim?? YDP Agong,Sultan,PM,MB,JKK??boleh tolong jawab wahai admin?? yang KECOH ungkit keputusan ini (YDP Agong,Sultan,PM,MB,JKK??)masa zaman Pak Lah ialah Zaid Ibrahim yg ketika itu sbg Menteri..Admin kenal siapa Zaid Ibrahim??

    BalasPadam
  8. Bodohnya politik UMNO, Jawablah isu 1MDB, jangan nanti dah 20 tahun kemudian bila ada isu lain, timbulkan pula isu 1MDB ni. Bodoh dan banggang juga penulis artikel ni.

    BalasPadam
  9. Surat Tun Abas yang komplain pasal bising..

    Bukan Mahathir pandai2 cakap...

    Jangan cari publisiti murahan

    BalasPadam
  10. yang ko nak backup sgt nazri penjilat duboq najib tu pasai apa? mmg sial lah ko ni... jgn berani di blog je.. ckp siang pandang-pandang, ckp mlm bisik-bisik...

    BalasPadam
  11. Hek eleh... tanya pun tak boleh ke? Bukan ke Tun M kata sebelum ni, sesiapa sahaja boleh tanya apa sahaja... jadi salah ke kalau Admin blog ni tanya soalan yang dibangkitkan oleh TAB Johor tu?

    Soal nak 'Back Up' Si Nazri tu tak timbul langsung... soalnya sekarang, TMJ tak nak komen ke kenyataan yang dibuat oleh Bapak Sedara dan Ibu Sedara dia sendiri? Itu je soalannya... takkan nak tanya soalan pun tak boleh kot... Hek Eleh...

    BalasPadam
  12. Lihat betapa kurang ajarnya macai2 Madey dan Dapigs terhadap keluarga Diraja. Sudahlah TMJ, kalau Dapigs yang menyokong Madey (untuk memecahkan orang2 Melayu) berkuasa, institusi Raja Melayu akan dihapuskan seperti di Indonesia. Kenapa kita nak bergaduh sesama sendiri dan membiarkan bangsa lain menentukan nasib kita/orang Melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang kurang ajar serupa samseng jalan tu Nazri, penjilat Najib. Apahal pi palit kisah Tun M pula. Ramai rakyat Malaysia sememangnya akan percaya apa saja yang dicakap oleh Tun M. Itu fakta yang tak boleh diubah. Sebab selalunya apa yang dicakap jarang salah. Kalau dia kata Anwar peliwat, memang peliwat walaupun Najib perlukan 20 tahun untuk membuktikannya. Sekarang, dia kata ada orang telah hilangkan duit melalui 1MDB, takkan nak tunggu 20 tahun untuk nak buktikannya. Tak payah nak demonise Tun M lah, dia bukan calon PM pun. Rakyat cuma nak Najib jelaskan apa yang ditanya saja. Susah sangat ke? Atau Najib ni memang jenis yang terlalu bodoh. Orang tanya lain, jawap benda lain.

      Padam
  13. Kan dah cakap melayu ni semua nya bangang2 sejak dulu lagi..Nasib baik datang Islam..kalau melayu bikan Islam lagi bangang perangai nya..

    BalasPadam
  14. Allah bersama dengan orang yang ikhlas dan amanah dan yang tak takut untukcakap yang benar, tak takut pertahankan yang hak. Pemimpin macam Tun sukar nak cari terutama diakhir zaman ini.
    Aku tetap pegang dengan kata2 orang alim dari Yemen bahwa Dr Mahathir pemimpin yang benar2 beriman.

    Salam dari Singapura.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap Nazri guna bahasa agak kasar, tapi apa yg dipertahankannya iaitu tuduhan terhadap Najib menyembunyikan segalanya, itu tindakan yg betul. Kerana banyak dah jawapan mengenai 1MDB diberikan sehingga dia sanggup berjumpa NGO2 untuk dialog. Yg salah sukaguam yg x pandai mengatur majlis.

      Padam
    2. Jawapan ape yang najib bagi? aku pun xtau ape jawapan yang dia bagi dlm majlis2 penerangan tu. Ko tau? Yang aku tau..depa dok cakap najib dah terangkan jer...kemon laaa....persoalan utama psl IPP, trx dan Tabung haji, bon yang diterbitkan melalui Goldman sach, TIA...ape yang najib jawab? Ko tau x pasal isu nie?

      Padam
    3. Soalan yg lama dah jawab kau aje yg x mau terima. lepas tu buat soalan baru, pinda soalan, sampai bila nak abis? Kau nak jadi hantu soalan ke? Soalan yg baru pun dah jawab juga. Kalau kau x baca itu kau punya pasal, tapi berentilah menyoal makin melalut2...hai anon 619...

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping