Halaman

Rabu, Ogos 26, 2015

BELUM TUBUH, DIORANG DAH BEREBUT JAWATAN!!!

Huh! Kalau dah namanya Geng Haprak Baru tu geng yang Gila Jawatan, memang tak heran la perkara seperti itu boleh berlaku. Diorang keluar PAS pun sebab diorang Gila Jawatan jugak.

Hari ini, facebooker pro PAS, Tok Usin Ceroii Original mendedahkan perbualan whatsapp dia dengan salah seorang orang kuat GHB yang dilihat kecewa dengan krisis dalaman gerakan itu.

Sekurang-kurang dua tokoh GHB yang dilihat mampu untuk memberikan saingan sengit kepada kepimpinan Si Mat Sabu tu selaku Pengerusi iaitu Mujahid Yusof Rawa dan Si Husam Musa

Khabar angin mengenai krisis dalaman GHB mula bertiup sejak 15 Ogos apabila Si Mujahid tu telah dipilih sebagai Pengarah Eksekutif Nadwah Ulama Nadwah Jadidah 2015 atau Nunji’15.

Gosip perpecahan dalaman GHB itu semakin kencang apabila Mat Sabu sendiri mengeluarkan kenyataan bersedia berundur daripada menjadi ketua kumpulan itu, jika ada calon yang sesuai.
“Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur.
“Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah kepimpinan kolektif,” kata Mat Sabu ketika dihubungi Mstar empat hari lalu.
Sejak Geng Haprak Baru tu ditubuhkan, telah terdapat banyak persoalan yang dibangkitkan dikalangan ahli serta pemimpin terhadap kredibiliti pemimpin-pemimpinnya, terutama Mat Sabu.

Ramai yang mengkritik dengan menyatakan bahawa Si Mat Sabu tu bukanlah seorang pemimpin yang kuat setelah GAGAL berkali - kali dalam beberapa Pilihan Raya Umum yang diadakan sebelum ini.

Kesimpulan mudahnya, puak - puak Geng Haprak Baru ni memang terdiri dari kalangan mereka yang Gila Jawatan belaka. Sebab masing - masing hanya sekadar berjuang demi kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je!!! Bukannya diorang buat untuk orang lain!!!

2 ulasan:

  1. Memang aku dah agak dah . Mereka akan bergaduh sesama sendiri kerana nak berebut jadi ADUN dalam PRU akan datang ni . Asmin takut sebab kemungkinan besar dia hanya jadi MB untuk satu penggal je . Bukan rahsia dalam PKR ada 2 kem . Satu kem Asmin dan satu lagi kem Rafizi , Nurul Izah dan Wan Azizah . Kem mana yg bakal menang . Yg itu aku tak tau tapi yg aku tau DAP adalah Big Bos .

    BalasPadam
  2. Semua gila jawatan dan pangkat

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.