Halaman

Rabu, Ogos 26, 2015

MAT SABU AKUI, KHALID SAMAD GHAIRAH TAK TENTU ARAH!!!

Heh! Tak heran la kalau benda seumpama ni berlaku dikalangan puak - puak Geng Haprak Baru yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu. Diorang ni masing - masing memang 'Ghairah' tak tentu arah.

Maklum la. Masing - masing semuanya Gila Kuasa belaka. Jadi, ada je yang nak tunjuk dia lebih bagus dari orang lain sampai tahap nak buat pendirian pun terpaksa berbalah sesama sendiri.

Korang bayangkan. Nak buat kenyataan mengenai sama ada diorang nak bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pun boleh sampai bercanggah diantara satu sama lain.

Itu belum diorang buat keputusan mengenai perkara lain. Masing - masing dok sibuk nak buat kenyataan sendiri. Sekali gus ianya membuktikan bahawa diorang ni takde istiqomah dalam membuat keputusan.

Dengan erti kata mudahnya, dikalangan diorang ni, tak wujud perkataan 'Berjemaah' dalam membuat apa saja keputusan. Maka sebab itulah diorang mudah ber-Mufaraqah dengan PAS.

Masing - masing nak ikut kepala otak sendiri je. Jadi, macam mana diorang nak buat keputusan yang mampu memberikan keuntungan kepada rakyat kalau dah semuanya bagi pandang peribadi sepanjang masa. Kot itu pun diorang tak mampu buat, boleh pergi jahanam la jawabnya!!!
SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB) masih berkira-kira untuk bertanding di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak tahun depan, demikian kata pengerusinya Mohamad Sabu.

Beliau berkata tiada sebarang perancangan untuk GHB berbuat demikian dalam masa terdekat kerana masih menumpukan isu-isu rakyat di Semenanjung.

"Kami belum bincang hal pertandingan pilihan raya sekarang tumpu pendaftaran parti kemudian nanti kami nak tumpu menambah ahli dan mengangkat isu rakyat dalam ceramah."

"Itu pandangan dia (Khalid Samad), kita belum buat keputusan dan pandangannya itu nanti kita akan bawa dalam perbincangan. Kita pun tidak tahu pilihan raya Sarawak bila?" katanya dalam sidang media, merujuk kepada kenyataan Khalid sebelum ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam dalam sidang medianya pagi tadi berkata GHB bersedia untuk bertanding dalam PRN Sarawak selepas penubuhan parti politik baru berkenaan bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.