Rabu, September 23, 2015

"HARAPAN" disebalik Pakatan Harapan Baru didedahkan!!!
Spekulasi kini mula bertiup kencang ekoran ketidak-hadiran Si Menteri Besar Cap Ayam tu dalam rundingan 'Meja Bulat' untuk membincangkan pembentukan Pakatan Haprak Baru tu hari ini.

Dari laporan yang disiarkan didalam laman media hari ini, Si Menteri Besar Cap Ayam tu dikatakan telah menghadiri satu program lain yang dianjurkan oleh Rejim Pakatan Selangor di Shah Alam.

Adakah ianya disengajakan atau dibuat secara kebetulan? Takkan pulak Si Menteri Besar Cap Ayam tu tak tau mengenai jadual rundingan 'Meja Bulat' tu hari ini sedangkan dia merupakan seorang Timbalan Presiden?

Dan dalam masa yang sama, ketika ditanya oleh pihak media mengenai pembentukan Pakatan Haprak tu, Si Menteri Besar Cap Ayam tu kata Rejim Selangor tidak ada sebarang kaitan dengannya.

Sebaliknya, Si Menteri Besar Cap Ayam tu hanya sekadar memberikan alasan berulang dengan menegaskan bahawa pembentukan Pakatan Haprak Baru itu hanya perancangan untuk menangani cabaran semasa.
"Tiada kaitan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor. Ini perancangan parti-parti politik untuk melihat bagaimana kita dapat menangani cabaran-cabaran semasa," katanya lagi.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu memberikan isyarat seolah - olah dia tidak bersetuju dengan cadangan pembentukan Pakatan Haprak tu.

Desas desus menyatakan bahawa Si Menteri Besar Cap Ayam tu tidak bersetuju dengan cadangan pembentukan tersebut gara - gara keputusan PAS yang tetap enggan untuk menyertainya.

Hakikatnya, semua orang pun tahu bahawa Si Menteri Besar Cap Ayam tu telah mendapat sokongan penuh dari PAS untuk merebut jawatan Menteri Besar selepas perlaksanaan agenda Langkah Kajang.

Si Menteri Besar Cap Ayam tu didakwa telah mempergunakan pengaruh parti itu untuk memberikan tekanan kepada PKR dan mengenepikan pencalonan Wan Azizah bagi jawatan tersebut.

Dan pada ketika ini, persoalan mengenai 'Siapa Yang Menjadi Pentadbir Rejim Negeri' mula berkumandang dan persoalan mengenai kedudukan Exco juga turut dipertikaikan.

Nampak gayanya, jika keadaan ini berterusan, memang Tak Tidur lansung la Si Menteri Besar Cap Ayam tu dibuatnya. Kalau dia sokong, takut hilang jawatan. Kalau dia tak sokong, dia pulak akan dianggap sebagai Pengkhianat. Tapi, itulah bahananya bila berkawan dengan Syaitan!!!
Categories: ,

8 ulasan:

  1. Yg kata boleh berkawan dengan Shaitan baru je masok gol

    BalasPadam
  2. Yg kata boleh berkawan dengan Shaitan baru je masok gol

    BalasPadam
  3. Kalau diperhatikan kerajaan Selangor ni dah lama macam x berfungsi sejak pakatan bermasalah. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan yg rugi rakyat. Wakil2nya x buat apa2 kerja yg berfaedah untuk rakyat, sebaliknya makan gaji buta sahaja.

    Di Pulau Pinang pulak kerajaan DAP menyekat kehidupan rakyat berpendapatan rendah khususnya Melayu. Permohonan pasar tani x diberikan, rumah murah x dibuat/diluluskan, gerai dirobohkan.

    Hmmm rakyat tambah pening........

    BalasPadam
  4. Aji ajis hidung mata ,nampak pokok takda daun, kena banyak baca sura alkafirun kalau campur janji janji manis aji boleh terpukau dibuatnya. Tapi kita tau aji gigil tengok muka mat sabu dgniz

    BalasPadam
  5. jgn duk crop gmbr...kasi full photo la... MB Azmin ade duk sebelah Mat Sabu...
    malu la jentera siber BN buat kerja xberetika camni......

    Macam mana nak bg rakyat marhein lain nak percaya BN kalau bloggers BN duk buat kerja tak beretika...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak ai. Jangan la meroyan. Yang crop gambar tu Malaysiakini. Yang tak buat kajian dulu kenapa? Pokok pangkalnya, Si Azmin tu hadir pun, dia sokong ke tidak penubuhan Pakatan Harapan Baru tu?

      Kalau dia sokong, kenapa dia tak buang semua Exco PAS? Sekarang, siapa yang tak beretika sebenarnya? Malu la jadi MB tapi takde TELUR nak ambik tindakan. Setakat nak jaga kepentingan diri sendiri je, baik tak payah...

      Padam
    2. Azmin ni memang Cap Ayam, bak kata Chagubard. Bertindak hanya sekadar untuk kepentingan diri dia sendiri je. Mesyuarat dah banyak kali tertangguh. Tu pasal la dia sampai tak tido malam

      Padam
  6. Buat masa ini Wan Azizah Presiden PKR, dah matang Politik tak payah Timb. MB, duduk meja Bulat! PAS memang tak patut masih didalam kumpulan ini, macam minyak dengan air. Kita ade asas perjuangan yg telah diabaikan. Takpe jadi Jaguh kampung, yg penting redha Allah dan nawaitu betul!
    Kerajaan SDe semasa ialah DAP15: PKR 13: PAS 13 = 41; Bebas 1: 2 masih PAS- Harapan (hingga Saaari/Hasnul sedar diri masih cekik elaun ADUN PAS!).
    Kalau PAS keluar tinggal 30 (lebih 2 kerusi aje) kemungkinan tumbang kerajaan Azmin - PKR satu realiti!
    Bawakla haluan masing-masing, kalau ade PRK sebelum 2017/18 bolehlah Pakatan Hapraak oops Harapan - cuba nasib! siapa akan percaya Gend Sabu MP/ADUN? Boneka DAPkan? Muslim, pada ambo, julang duniawi!
    Nak tumbang Najib pun terkial-kial, kena tunggu Amerika dan Britain bersekutu!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping