Herankan dengan segelintir masyarakat kat Malaysia ni. Bila kita bercakap bab Hidayah, susah sangat diorang nak terima. Sedangkan perkara itu dilihat dari persepsi kaca mata kita sendiri.
Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku diatas muka bumi ini setiap hari memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita sekiranya kita mahu menerimanya. Itu yang dimaksudkan.
Tak semua orang melihat apa yang kita lihat. Dan tak semua orang berfikir seperti mana kita berfikir. Hakikatnya, setiap manusia itu mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza.
Dalam laporan yang didedahkan, lelaki warga asing yang tampil menampar Imam Masjid Negara sewaktu solat Jumaat semalam didakwa mendengar suara ghaib yang suruh dia jadi Imam solat Jumaat.
Hak itu, ramai diantara kita yang menjadikan ianya Viral dilaman media sosial. Tapi bila blog ini mendedahkan ulasan dari seorang sahabat mengenai perkara itu, ramai pulak yang tak menerimanya.
(Artikel Berkaitan: Video Tampar Imam, Apa Kaitan Dengan Politik???)
Walhal, ulasan yang dibuat meliputi sudut Politik secara keseluruhan. Waima parti Politik mana sekali pun, sudah pasti akan ada makmum yang berani kehadapan mempertahankan Ketua mereka.
Sama ada mereka dari kalangan orang UMNO ke, PAS ke, PKR ke, termasuk puak - puak DAPigs sekali pun, jika Ketua atau Imam mereka dikasari, sudah pasti ada yang akan tampil membela.
Tinggal lagi, dalam keadaan Politik hari ini, bila Imam atau Ketua kena serang, ada pulak dikalangan makmum sendiri yang 'Tumpang Sekaki' mengutuk Imam atau Ketua tu dengan pelbagai tohmahan.
Tengok la apa yang berlaku dalam PAS sehingga mengakibatkan parti tu berpecah belah. Bukan ke itu contoh yang nyata bila dikalangan makmum tak tampil mempertahankan Imam mereka?
Pokok pangkalnya, semua tu bergantung kepada kita melihat sesuatu insiden tersebut. Seperti mana yang telah pun ditegaskan diawal artikel ini, terpulang la kepada kita macam mana kita nak menterjemahkannya. Semua kejadian ada Hikmah dari Allah S.W.T!!!


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.