Khamis, Oktober 08, 2015

Jika dikaji dari sudut sentimen dikalangan rakyat, memang benar apa yang diluahkan oleh Timbalan Presiden UMNO ni. Memang sepatutnya isu 1MDB ni diselesaikan segera oleh pihak Kerajaan.

Sekiranya isu tersebut tidak diselesaikan, maka akan lebih ramai Badut - Badut Politik yang boleh mengambil kesempatan untuk menghentam pihak Kerajaan dengan dakwaan yang bukan - bukan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kandungan titah dalam kenyataan oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada Selasa supaya kemelut 1MDB diselesaikan segera menunjukkan keprihatinan Raja-Raja Melayu terhadap isu itu.

Katanya, Majlis Raja-Raja biasanya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ia melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara, justeru tanggungjawab ini terletak di bahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Apabila Majlis Raja-Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara. Titah Majlis Raja-Raja dalam hal ini amatlah saya hargai dan sanjung tinggi.
"Oleh kerana Majlis Raja-Raja telah bertitah menggesa kerajaan supaya bertindak segera menyelesaikan kemelut 1MDB, maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Rabu.
Muhyiddin juga turut menegaskan bahawa perkembangan terhadap siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB setakat hari ini adalah amat mendukacitakan semua pihak.
"Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala. 
"Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali," katanya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata, sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang diambil ke atas mana - mana pihak yang didakwa menyeleweng berhubung skandal 1MDB.

Katanya, Peguam Negara juga wajar tampil ke hadapan dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara ini.
"Saya khuatir oleh kerana kemelut 1MDB adalah satu isu yang menyentuh kepentingan awam, maka kelewatan Peguam Negara membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis," katanya.
Mengenai Jawatankuasa PAC Parlimen, beliau berkata keanggotaan jawatankuasa itu mesti diisi dengan segera untuk membolehkan ianya bergerak dan meneruskan siasatan mereka terhadap 1MDB seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini.
Categories:

1 ulasan:

  1. sekiranya najib seorang yg pandai , dia akan membiarkan siasatan diteruskan agar semua masalah tentang IMDB dan RM2.6B diselesaikan dgn segera . tidak menunggu titah Majlis Raja2 .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping