Selasa, Oktober 20, 2015

Sembang 'kedai kopi' bagaikan virus yang mampu merebak pantas terutama apabila tajuk yang diperkatakan berkaitan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, lebih menyedihkan apabila masyarakat hari ini lebih berminat untuk ‘melayan' persepsi berbanding berfikir mengenai peranan, cabaran dan bidang tugas SPRM serta mereka sendiri.

Katanya, situasi ini lebih dirasai pada masa sekarang apabila Internet dan media sosial begitu dekat dengan masyarakat.
“Bercerita lagi kutuk, lagi sedap. Bila bercakap seolah-olah mereka (masyarakat) tahu semua isu sampaikan saya sendiri terkejut.
“Bila ditanya macam mana mereka tahu semua, rupa-rupanya mereka dapat cerita masa duduk sembang di kedai-kedai kopi, lepas itu pergi buat cerita jadi viral…macam-macam analogi yang masyarakat buat,” katanya ketika sesi temubual khas mStar Online bersama beliau baru-baru ini.
Bersara selepas 33 tahun berkhidmat, Zakaria berkata, situasi ini menunjukkan masyarakat awam kini hanya mahu mengikuti perkembangan isu semasa, khususnya kes-kes yang disiasat SPRM untuk tujuan ‘kedai kopi’ semata-mata, bukannya mendapatkan fakta sebenar.

Tegasnya, ketika SPRM menjalankan siasatan terhadap sesuatu dakwaan rasuah, masyarakat seharusnya faham peranan agensi itu dan apa yang lebih penting mengetahui peranan mereka sebagai orang awam.
“SPRM hanya ada dua tugas iaitu siasat dan lapor kepada peguam kanan Persekutuan. Dalam membuat laporan dan perakuan, SPRM mesti berani bercakap kerana itulah integriti.
“Jika timbalan pendakwaraya atau peguam kanan Persekutuan kata tak ada kes atau pendakwaan, sepatutnya masyarakat tanya mereka, bukan tanya SPRM,” katanya.
Tambah beliau, sepatutnya masyarakat datang kepada SPRM untuk dedah kegiatan rasuah. Kalau terus nak sembang viral, tak mahu lapor, tak mahu jadi saksi, tak mahu beri maklumat, mereka sebenarnya tak buat apa-apa pun untuk halang rasuah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping