Ahad, Oktober 18, 2015

Amboi!!! Bukan main lagi puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak 'Cover Line' sampai tahap sanggup menjaja cerita yang bukan - bukan untuk menutup kemaluan mereka sendiri.

Dek kerana terlalu 'ghairah' bila Si Saifuddin tu buat keputusan untuk keluar parti dan menjadi ahli PKR, makin menjadi - jadi pulak Pembohongan yang dilakukan oleh puak - puak PKR tu.

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu buat dakwaan KONONnya ramai lagi pemimpin UMNO peringkat pertengahan yang akan mengikut jejak langkah Si Saifuddin tu dan meninggalkan parti.

Bahkan ada juga yang buat cerita KONONnya ada seribu orang pengikut setia Si Saifuddin tu dalam UMNO akan turut serta mengambil tindakan keluar dari parti secara beramai - ramai.

Walhal dakwaan tu hanya sekadar omongan kosong semata - mata kerana semua orang pun sedia maklum bahawa Si Saifuddin tu bukannya ada pengikut seramai itu. Yang pernah kerja dengan dia pun lari.

Kali ini, puak - puak PKR tu tampil pulak dengan cerita bohong dengan mendakwa KONONnya ada pemimpin Wanita UMNO Perak pulak yang akan mengambil tindakan keluar parti.

Berita mengenai tindakan pemimpin Wanita UMNO tu telah didedahkan oleh Pengerusi PKR Perak, Muhammad Nur Manuty dalam satu kenyataan yang dilaporkan dalam laman media hari ini.
“Saya tak berani nak jamin sama ada akan terjadi atau sebaliknya. Tapi Presiden ada hubungi saya dua bulan lalu dan beritahu ada seorang tokoh Wanita Umno Perak nak sertai PKR.
“Mungkin pada ketika ini perbincangan dua hala sedang berlangsung antara Presiden dan pimpinan tersebut,” katanya.
Ekoran khabar angin yang disebarkan, maka nama Kak Midah menjadi sebutan dikalangan pengguna - pengguna laman media rentetan beberapa kenyataan yang dikeluarkan sejak akhir - akhir ini.

Terutamanya mengenai isu 1MDB serta kepimpinan yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri pada hari ini. Malah, Kak Midah juga turut dilihat sebagai diantara pemimpin Pro Mahathir.

Walaubagaimana pun, khabar angin tu jika dilihat dari satu sudut pun dah nampak sangat menipunya. Apatah lagi hubung kaitnya dengan nama Kak Midah selaku pemimpin Wanita yang dimaksudkan.

Mana tidaknya. Si Mad Nor Manuty tu pun dengar cerita tu dari Wan Azizah yang sebelum ini dah banyak kali KANTOI cakap berbelit - belit. Jadi, macam mana orang nak percaya dengan berita yang disebarkan? Kalau dah dasar Penipu tu, maka Penipu la jugak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping