Sabtu, Oktober 17, 2015

Desak tetap desak agar Si Nizar Lilin tu ambik tindakan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar akujanji sumpah Bai'ah yang telah dibuat sewaktu Pilihan Raya sebelum ini. 

Tapi rasanya, takde la sampai tahap diorang nak pasang kain rentang atau hantar sms menghina Si Nizar Lilin serta pemimpin - pemimpin DAPigs tu sedemikian rupa. Itu dah tak masuk akal namanya.

Atas sebab itu, PAS hari ini menegaskan ada cubaan memfitnah parti itu melalui penyebaran SMS palsu serta pemasangan kain rentang yang mengandungi mesej serupa di tepi jalan utama di Kelantan.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, sebaran SMS palsu itu didakwa datang daripada nombor telefon Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, Wan Sukairi Abdullah.‎
“Kedua-dua SMS dan kain rentang ini mempunyai unsur hasutan kebencian dan ancaman perang serta mesej perkauman dan sentimen ekstrem permusuhan agama.
“SMS palsu ini nyata bertujuan membentuk pandangan serong kepada bukan sahaja Wan Sukairi sebagai seorang tokoh dan ustaz yang dihormati oleh masyarakat, tetapi juga menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada Pas oleh kerana beliau seorang pemimpin Pas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kain rentang yang dipasang di Kelantan itu juga turut mempamerkan gambar pemimpin - pemimpin kanan DAPigs seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dengan tulisan ‘Kafir *** Sebenar!’.

Menurut Ahmad Amzad, penyebaran fitnah itu jelas membentuk gambaran yang buruk kepada Pas khususnya dalam kalangan bukan Islam dan rakyat Malaysia yang umumnya cintakan keamanan.
“Pas mengecam perbuatan fitnah yang tidak bertanggungjawab ini dan ia seperti manifestasi bankrap idea oleh pelakunya dalam berdepan secara budiman 'gentleman' dengan Pas yang kini menerima dukungan jelas dari rakyat dan dijadikan tumpuan meminta pandangan dan sokongan oleh rakyat hatta oleh NGO-NGO yang pernah paling keras sikap permusuhannya dan paling setia kepada Umno sebelum ini seperti Perkasa,” katanya.
“Yang nyata budiman ketika ini adalah Pas yang terus beristiqamah melapangkan dada menerima kunjungan sesiapa sahaja yang mahu berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara kecuali yang nyata khianatnya kepada Pas,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, ada la pihak yang sengaja nak memburukkan imej PAS dan memberi gambaran negatif terhadap parti tersebut. Mungkin itulah bahananya bila selama ini banyak sangat buat musuh dengan orang lain. Maka tak tenteram hidup dibuatnya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Memang betul.mereka berperangai dajal. Menentang islam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping