Jumaat, Oktober 09, 2015

"Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua “bukan tuhan” yang boleh menentukan Pakatan Harapan akan memenangi pilihan raya umum akan datang." Demikian kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sallehin Mukhyi.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai membidas kenyataan angkuh Pua mendakwa Pakatan Harapan boleh menang pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) tanpa bantuan PAS.

Menurut Sallehin, Pua hanya mengitar semula kenyataan Guan Eng yang mendakwa PAS akan kalah teruk pada PRU akan datang dan menegaskan kenyataan itu tidak berpijak pada realiti.
“Bagi saya, Tony bukan tuhan nak menentukan pilihan raya boleh menang atau tidak. Politik ini di saat-saat akhir pun boleh berubah dan boleh berlaku. Kalau dia kata boleh menang lebih banyak kerusi (tanpa PAS), dia kena tunjuklah strateginya,” ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Tambahnya lagi Pakatan Harapan harus melupakan hasrat untuk merampas Putrajaya jika masih GAGAL untuk mendapatkan sokongan majoriti pengundi Melayu-Islam tanpa sokongan PAS.
“Jika mereka (Pakatan Harapan) ingin menawan Putrajaya bagi saya lupakanlah. Realitinya apa yang berlaku sekarang Pakatan Harapan ini sukar mendapat sokongan orang Melayu dan Islam tanpa PAS,” ujarnya lagi.
Selain itu, Sallehin juga turut menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Tony Puaka yang mempersendakan prestasi Rejim PAS yang memerintah Negeri Kelantan pada hari ini.
“Kalau dia nak kaitkan soal dia akan menang besar dengan soal Kelantan saya fikir itu tidak adil melainkan kalau dia kata PAS Kelantan akan kalah tapi bagi saya ucapan yang menyatakan Kelantan itu prestasinya tidak bagus adalah tidak betul,” jelasnya lagi.
Semalam, Pua di dalam satu majlis bagi mengutip dana Parti Amanah Negara di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur turut yakin Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) mampu untuk memenangi pilihanraya umum akan datang walapun tiada kerjasama daripada PAS.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Melayu undi parti Melayu sebab cina tidak akan mengundi parti Melayu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping