Isnin, November 02, 2015

Pemuda PAS Selangor mengingatkan ahlinya agar tidak terlalu bermain politik meskipun dilihat agak ketinggalan jika mahu dibandingkan dengan puak - puak Pakatan Harapan.

Naib Ketua Pemuda PAS Selangor berkata, ahli - ahli Pas perlu mengakui bahawa penyertaan mereka dalam parti itu mempunyai misi tertentu bukan kerana terlalu menyukai politik.
"Kita kena akui bahawa kita masuk politik bukan kerana suka sangat dengan politik tapi sebab kita nak ubah keadaan. 
"Jangan terlalu main politiking nanti orang bosan walau kita dilihat ditinggalkan berbanding Pakatan (Harapan) sebab kita berpegang pada asas halal haram di mana kita tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram," katanya pada Forum Integriti dan Pencegahan Rasuah Bersama Pemimpin Politik Pas Selangor,  di sini, hari ini. 
Menurutnya, manusia akan sentiasa diuji ALLAH ketika berkuasa dan sudah pasti PAS juga tidak terlepas dari ujian tersebut. 

Katanya, asas utama iaitu dosa dan pahala tetap menjadi perjuangan yang diutamakan oleh parti itu meskipun mereka dianggap sebagai jumud mahupun ortodoks atau ketinggalan zaman. 
"Hari ini dalam sebarang sektor sekalipun, kalau kita sebut dosa dan pahala, tidak berapa laku. Orang anggap kita jumud, ortodoks dan macam-macam. Sebab apa? (Kita dianggap)Terlalu beragama.
"Ada pula istilah terlalu beragama kan? Mana ada istilah itu. Beragama memang kena terlalu. Itu yang menjadikan orang bertakwa," katanya.
Selain itu, beliau juga mendakwa kadang-kadang orang lawan rasuah ini sebab dia tak dapat. Apabila dia dapat, dia senyap. Nak kita terlibat dengan politik. Benda ini memang betul-betul wujud. 

"Minta jauhkanlah ada orang PAS yang terlibat. Kalau ada yang buat perangai begitu pun, dia dah tentu masuk Amanah," katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping