Isnin, Mei 30, 2016

Bukan la ianya satu perkara yang menghairankan atau mengejutkan kita apabila Si Rafizi ni membuat laporan terhadap pendedahan yang dibuat berhubung isu "Rasuah Betina" sebelum ini.

Sebab secara umumnya semua orang mengetahui bahawa Si Rafizi ni merupakan 'Penyokong Kipas Susah Nak Mati' Wan Azizah yang menganggap dia sebagai 'Anak Angkat'.

Jadi tak pelik la kalau hari ini, Si Rafizi tu tampil membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuha Malaysia (SPRM) berhubung isu yang didedakan sebelum ini.

Dilaporkan hari ini, Naib Presiden PKR merangkap Setiausaha Agung PKR telah  membuat laporan mengenai dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam Rejim Pakatan Selangor kepada pihak SPRM.
"Saya telah memberikan maklumat yang saya ada setakat ini kepada SPRM mengenai aduan terhadap pengendalian kerajaan negeri Selangor. Harapan saya adalah supaya kita memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa dihalang oleh kuasa politik atau persepsi.
"Saya rasa perkara paling teruk yang berlaku ialah SPRM sentiasa dilihat terperangkap dalam permainan politik. Ini (membuat laporan) adalah sesuatu yang biasa yang perlu dilakukan oleh orang ramai," katanya kepada media di sini, Isnin.
Terdapat kira-kira 50 orang yang hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Rafizi yang kebanyakkannya merupakan penyokong tegar Wan Azizah.

Pada Selasa lalu, Presiden PKR telah memberikan arahan terbuka kepada Rafizi supaya membawa semua bukti yang dia ada berhubung isu 'Rasuah Betina' itu terus kepada pihak SPRM.

Dalam laporan yang disiarkan sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu bukan sahaja menafikan dakwaan yang didedahkan. Malah turut menganggap ianya sebagai tindakan yang JIJIK.

Walaubagaimana pun, pokok pangkal ceritanya, PKR ni bukan la sebuah parti yang 'MAKSUM' dan 'BERSIH' sepertimana yang mereka dakwa selama hari ini. Sebaliknya, diorang ni lagi teruk apabila dikalangan pemimpin mereka suka main wayang 'MUNAFIK'!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping