Sabtu, Jun 18, 2016

Sudah pastinya, keputusan selepas jam 5 petang nanti bakal menjadi tumpuan utama bagi seluruh rakyat di Malaysia khususnya mereka yang tinggal di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ianya kerana selepas jam 5 petang, semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) akan ditutup dan proses mengira jumlah undi yang diterima akan bermula bagi Pilihan Raya Kecil dikedua - dua Parlimen.

Detik itu, bukan sahaja umat Islam yang ternanti - nantikan waktu untuk berbuka puasa. Tetapi mereka juga sudah pasti berdebar untuk menantikan keputusan yang bakal diperolehi.

Terutama bagi pihak yang bertanding. Sebagai rekod, Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru diantara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan PAN.

Manakala bagi kawasan Parlimen Kuala Kangsar, calon Barisan Nasional, Datin Mastura pula bertembung dengan 3 orang calon yang mewakili parti PAS, PAN dan seorang calon Bebas.

Tapi, yang paling berdebar menanti keputusan Pilihan Raya Kecil kali ini sudah pastinya ialah Si Menteri Besar Selangor tu. Mau menggigil badan dia menunggu keputusan petang nanti.

Mana tidaknya. Sebaik sahaja keputusan diumumkan petang ni, Si Menteri Besar tu terpaksa pula berhadapan dengan seribu satu persoalan yang bakal dibangkitkan oleh pelbagai pihak.

Diantara yang terpaksa diperjelaskan oleh Si Menteri Besar Selangor tu selepas pengumuman keputusan PRK Parlimen Sungai Besar petang nanti ialah mengenai kedudukan PAS.

Jika sebelum hari penamaan calon, Si Menteri Besar Selangor tu sendiri didakwa telah memberikan 'Kata Dua' berbaur ugutan kepada PAS bagi mendesak agar parti itu tidak bertanding.

Ugutan kata dua itu katanya telah dikeluarkan oleh Azmin sebagai salah satu kaedah 'Rundingan' yang dijalankan dengan PAS untuk memastikan tidak berlaku pertembungan tiga penjuru.

Namun, kedegilan PAS yang enggan mengikut kehendak dan kemahuan Si Menteri Besar Selangor tu membuatkan dia mula naik angin sehingga terkeluar kata dua yang berbaur ugutan tu.

Dan sewaktu kempen berlansung, selang beberapa hari yang lepas, Si Menteri Besar Selangor tu secara terbuka mengumumkan sokongannya kepada calon dari parti PAN yang mewakili Pakatan.

Maka sudah pasti sokongan itu sedikit sebanyak akan menjejaskan kedudukan Si Menteri Besar tu sendiri memandangkan di Selangor, dia masih bergantung harap kepada sokongan PAS.

Dalam erti kata mudahnya, detik selepas jam 5 petang sudah pasti akan menjadi waktu yang paling panjang buat Si Menteri Besar Selangor tu memandangkan 'Kubur' yang dia gali sendiri sedang menantinya. Apa tindakan yang akan dilakukan selepas ini? Sama - sama kita tunggu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping