Isnin, Disember 26, 2016

Mahu atau tidak, Pakatan Haprak tu terpaksa mengakui bahawa mereka sememangnya mengharapkan PAS dalam mendapatkan sokongan dan pengaruh pengundi yang kebanyakannya daripada parti itu dalam mengukuhkan pembangkang.

Seorang penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berpendapat, disebabkan faktor inilah Pakatan Haprak terutamanya PKR masih sukar untuk melepaskan PAS, walaupun tindakan itu ditentang keras oleh PAN dan DAPigs.

"Sebenarnya dalam pemikiran Pakatan Harapan sendiri, PAS mempunyai aset besar kepada mereka. Keluarnya PAS bermaksud kehilangan aset utama iaitu aset kempen mereka.

"Inilah yang menjadi keraguan kepada kepimpinan dalam PH itu sendiri dimana DAP memang tolak terus PAS, tapi PKR, dalam hati mereka masih sayang PAS. 

"Kerana mereka percaya PAS ada sumbangan besar kepada Pakatan terutama untuk mengalahkan BN," katanya dalam satu temubual bersama Antarapos, baru-baru ini, mengulas mengenai hala tuju tahaluf siyasi PAS-PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kenyataan itu merujuk kepada beberapa penegasan yang pernah disuarakan oleh Presiden PKR, Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri yang masih enggan memutuskan hubungan kerjasama Politik mereka dengan PAS. 

PKR pada September tahun lalu, menyertai DAPigs dan PAN bagi menubuhkan Pakatan Harapan dengan tujuan mahu menggantikan Pakatan yang telah dikuburkan oleh DAPigs demi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

Walaupun PAS tidak menyertainya, Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang berkata dia masih mengharapkan kerjasama daripada semua parti pembangkang termasuk PAS untuk bersama-sama bagi menentang Barisan Nasional (BN).

Malah pada 13 Disember yang lalu, Pakatan melangkah lagi ke satu fasa apabila mengikat perjanjian politik bersama PPBM, bertujuan meletakkan satu calon mewakili gandingan itu untuk menentang BN pada PRU14 tanpa penglibatan PAS.

Meskipun begitu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang dilaporkan Antarapos baru-baru ini berkata, tahaluf siyasi antara PAS-PKR tetap berjalan seperti biasa, sekurang-kurangnya sehingga ke PRU14 akan datang. 

Tetapi Samsul melihat kerjasama antara PAS dan PKR kini ibarat 'Telur Dihujung Tanduk' yang mungkin boleh putus pada bila - bila masa. Namun dia percaya jika hubungan itu mampu diselamatkan pembangkang mungkin akan terus kuat. 

"Sebenarnya hubungan PAS dan PKR ini masih lagi mempunyai tali halus, ia mungkin boleh putus, tapi mungkin juga boleh diperkasakan tali itu dan mereka boleh bekerjasama dalam bentuk yang lebih strategik pada masa depan terutama dalam membentuk kerajaan persekutuan. 

"Itu dari satu aspek kalau mereka dapat urus konflik sedia ada ini dan mencipta persefahaman. Walau bagaimanapun dari segi strategi, kita tak boleh menafikan kemungkinan PAS u-turn kepada Pakatan Harapan itu ada, kerana kita tak tahu bagaimana strategi peringkat induk mereka yang sedang berlaku," katanya lagi.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Tanpa PAS, habislah PKR...kat Permatang Pauh pun PAS dah tuntut balik...sian PKR..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping