Rabu, Jun 07, 2017

Rayuan akhir Si Ketua Penipu tu untuk memulakan prosiding qazaf terhadap Peguam Kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa membuat fitnah berhubung kes liwatnya tidak kesampaian apabila permohonan itu ditolak Mahkamah Rayuan Syariah hari ini.

Keputusan sebulat suara oleh tiga orang panel hakim itu dibacakan oleh Pengerusi Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Seri Dr Md Yusuf Che Teh.

Dalam keputusan itu, beliau berkata, tuduhan liwar tidak terpakai dalam kes qazaf di bawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana undang- undang memperuntukkan qazaf hanya boleh digunakan dalam kes pertuduhan zina sahaja.
"Oleh yang demikian, kami tiada pilihan lain selain daripada perlu bersetuju dengan maksud zina di dalam seksyen tersebut yang hanya terhad kepada persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan sahaja serta tidak termasuk perbuatan liwat," katanya.
Pada 26 Jun 2015, Anwar melalui isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memfailkan aduan itu bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berikutan kenyataan Muhammad Shafee yang didakwa menuduh banduan Penjara Sungai Buloh itu melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 17 Februari 2015, Muhammad Shafee didakwa mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh seperti mana diwajibkan oleh undang-undang pada program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. sape suruh main blkg.. masa tgh sedap tak pikir skrg terima lah akibatnya.. satu dunia dah iktiraf anwar seorg homo kecuali penganut anwar je yg masih taksub ataupun mrk tak peduli yg anwar seorg homo sbb mrk pun sama..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping