Rabu, Ogos 16, 2017

Nampak gayanya masih belum reda lagi orang bercerita pasal kekecohan yang berlaku sewaktu program Nothing To Hide 2.0 yang dianjurkan oleh geng Budak Hingusan PPBM tu sebelum ini.

Sehingga hari ini, masih banyak lagi persoalan yang dibangkitkan berhubung kekecohan yang berlaku. Malangnya tidak ramai yang mengupas isi kandungan program yang dianjurkan.

Malah dikedai kopi pun masih ada yang mempertikaikan kejadian yang berlaku itu. Bahkan ada juga yang cuba memberikan gambaran kononnya perkara itu dicetuskan oleh orang luar.

Padahal, Exco Armada tu sendiri tampil membuat pengakuan bahawa perbuatan itu bukannya disebabkan oleh orang luar seperti mana yang didakwa oleh puak Pakatan Haprak tu.

Sebaliknya, ia dilakukan oleh mereka yang menjadi penyokong parti itu yang mahu menghalang dari kebenaran disebalik soalan - soalan hangat yang diajukan para peserta yang hadir.

Hakikatnya, rusuhan dan kekecohan ni bukan sesuatu yang baru dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri. Kekecohan ni dah menjadi budaya kelaziman buat mereka sejak dari dulu lagi.

Tengok bagaimana pemilihan PKR dulu pun cukup la. Itu pun masih lagi ada pihak yang nak menunding jari dan menyalahkan orang lain kerana mencetuskan kekecohan didalam program mereka?

Mungkin ianya agak sewel bagi mereka yang mendakwa PPBM sengaja mencetuskan kekecohan itu sendiri. Tapi tidak mustahil sekiranya perkara itu berlaku berdasarkan kepada keadaan semasa.

Bahkan kepimpinan PPBM tu sendiri perlu menerima hakikat bahawa masih ramai dikalangan ahli serta pemimpin parti itu yang tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti.

Dah berapa banyak kali kita baca dalam laporan media mengenai dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin serta ahli parti itu terhadap pucuk pimpinan mereka selama ini?

Maka tidak mustahil sekiranya ketidak-puasan hati itu dizahirkan oleh mereka yang hadi dalam program tersebut sehingga menyebabkan berlakunya kekecohan yang tidak dapat ditangani.

Pokok pangkalnya, pemimpin PPBM tu sendiri perlu menjadi lebih matang dan menerima kelemahan diri mereka sendiri yang GAGAL menganjurkan program tersebut sehingga berlakunya kekecohan. Bukannya diorang menyalahkan orang lain!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Sendiri atur, sendiri bikin, sendiri tanya, sendiri jawab, sendiri bikin kecoh - yg salah UMNO.. Puak2 Pakat-Turn memang bangang bertingkat-tingkat..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping