Jumaat, September 29, 2017

Heh! Kelakar betul tengok Politik puak Pakatan Haprak ni. Tahap keyakinan diorang ni memang tahap Gila Babi. Yakin sangat diorang ni boleh menang kalau bertanding di Pekan.

Jika sebelum ini, Si Azmin Ali tu dengan penuh rasa bongkak mendakwa dia mampu menang sekiranya bertanding di Pekan dan menganggap ianya satu langkah strategik bagi PKR.

Tapi malangnya, hasrat Si Azmin tu tidak kesampaian apabila pengundi dan pemimpin masyarakat dalam kawasan Parlimen Pekan menolak mentah - mentah hasrat Timbalan Presiden PKR tu.

Kali ini, Si Mat Sabu pulak dengan bangganya mendakwa kononnya dia mampu menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang waima dia bertanding di Parlimen Pekan sekali pun.
KUALA LUMPUR - Presiden PAN, Mohamad Sabu menzahirkan keyakinan, bahawa beliau mampu menang dimana-mana kerusi sekiranya beliau bertanding pada PRU14 nanti.

"Saya rasa peluang untuk menang dimana-mana termasuk di Kelantan, Pekan (Pahang). Namun apa-apapun parti akan pertimbangkan dan belum diputuskan lagi, jadi ia bergantung kepada keputusan akhir parti," katanya kepada pemberita di sidang medianya di Wisma PAN, di sini hari ini.
Tambah memalukan ialah apabila Si Mat Sabu tu cuba memberikan gambaran kononnya dia sedang menjadi 'Rebutan' dikalangan kepimpinan PAN Negeri yang mahu dia menjadi calon.
"Permintaan untuk saya masuk bertanding itu datang dari Amanah Selangor, saya juga diminta Amanah Kedah, Pulau Pinang," katanya lagi.
Sebagai rekod, Si Mat Sabu ni KALAH bertanding secara berturut - turut dalam Pilihan Raya Umum yang lalu walaupun dia pernah bertanding dikawasan yang dianggap sebagai kubu kuat PAS.

Apa yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu hanya sekadar "GEMPAK" je lebih. Dia pun macam Si Azmin juga sebenarnya. Bercakap pandai, tapi bila dicabar suruh bertanding di Pekan, Kecut Buah Kerandut dibuatnya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping