Isnin, Oktober 02, 2017

Heh! Kesian betul tengok Ahli Parlimen PKR Kuantan ni ya. Asyik dia je yang menjadi mangsa. Dah takde orang lain ke nak nak dianiayai oleh pengondam telefon bimbit ni? Tak patut betul.

Hakikatnya, itulah yang cuba digambarkan oleh Si Ahli Parlimen Kuantan ni. Dia cuba menunjukkan seolah - olah dia sedang menjadi mangsa kepada pihak yang tak bertanggungjawab.

Padahal bagi sesetengah, apa yang didedahkan semalam hanya sekadar satu taktik untuk meraih simpati dari kalangan rakyat. Mungkinkah Si Ahli Parlimen Kuantan ni dah ketagih perhatian?

Dah takde isu dah ke yang boleh dijadikan sebagao bahan jajaan Politik Murahan dia sehingga terpaksa mereka-cipta cerekarama kononnya telefon bimbit dia digodam oleh orang luar?

Kalau tengok dari kenyataan yang dibuat pun seolah - olah tak masuk akal. Antara lain, Si Ahli Parlimen Kuantan tu mendakwa dia menerima panggilan telefon dan sms dari nombor yang tidak dikenalinya.
"Pada awalnya, saya membalas SMS yang diterima dan meminta maaf selain meminta mereka menghantar semula SMS yang kononnya daripada saya. Saya sendiri terkejut dengan apa yang dibaca.
"Saya tidak pernah menggunakan ayat yang ditulis kerana sememangnya itu bukan cara saya selain semua nombor itu juga tiada dalam simpanan saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini.
Dari satu sudut, pelik juga. Kenapa orang yang membuat panggilan dan menghantar sms tu tak membalas mesej dari nombor yang diterima? Sebaliknya, boleh pulak diorang mengadu kepada Si Fuziah tu sendiri?

Dari segi Logik Akalnya, sudah pasti orang yang buat panggilan dan menghantar sms tu ada nombor telefon Si Fuziah. Maka sudah tentu diorang sendiri tau yang nombor diorang terima tu bukan dari Fuziah sendiri.

Tapi, itu dari segi Logik Akal kita sebagai manusia yang waras la kan. Dek kerana yang terlibat ni dari kalangan pengikut - pengikut PKR, tak mustahil perkara seperti itu boleh berlaku. Sedangkan Si Rafizi terima duit dari syarikat dia sendiri pun puak PKR ni tak pelik!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping