Baru - baru ini, dilaman media sosial hangat orang memperkatakan mengenai peningkatan jumlah pengguna yang mula Pro kepada UMNO jika dibandingkan dengan puak pembangkang.
Dari satu sudut, statistik itu menunjukkan kecenderungan pengguna laman media sosial semakin menolak dakyah pembohongan serta fitnah yang disebarkan oleh puak Pakatan Haprak tu.
Malah ianya secara tidak lansung membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah semakin muak dengan isu - isu tepu yang menjadi bahan modal jajaan Politik pembangkang itu sendiri.
Melalui statistik itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengguna kini sudah mula sedar kepentingan media sosial itu sendiri bagi menangani persepsi buruk yang dilemparkan.
Namun persoalannya, adakah statistik tu merangkumi keseluruhan penerimaan dikalangan ahli UMNO? Adakah ianya berjaya diterjemahkan kepada kepimpinan UMNO diperingkat Bahagian?
Sekiranya statistik itu hanya mewakili penerimaan pengguna media sosial sahaja, ianya tidak memberi sebarang kesan jika diperingkat UMNO Bahagian tidak memberi pengiktirafan.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila media sosial ini tidak dijadikan sebahagian daripada jentera dalam PRU yang lalu dan menyebabkan UMNO gagal dalam peperangan media maya.
Bahkan penggunaan media sosial itu sendiri tidak disenaraikan didalam struktur organisasi jentera Pilihan Raya diperingkat Bahagian dan sering dipandang sepi oleh pemimpin - pemimpin.
Padahal, pucuk pimpinan parti seringkali mendesak agar penggunaan aplikasi media sosial ini diperkasakan sehingga ke peringkat Cawangan. Namun ianya jelas tetap gagal dilaksanakan.
Sehingga ke hari ini, Bahagian mana yang benar - benar memberikan pengiktirafan kepada jentera media sosial dan aktif dalam menjalankan gerak kerja menangkis propaganda pembangkang?
Yang dapat dilihat sehingga ke hari ini, pengiat - pengiat tegar media sosial hanya terdiri dari kalangan mereka yang bernaung dibawah entiti lain selain daripada UMNO Bahagian itu sendiri.
Maka secara kesimpulannya, statistik yang disebarkan baru - baru ini jelas tidak memberi sebarang makna jika kepimpinan UMNO diperingkat Bahagian sendiri pun tidak memberi pengiktirafan dan meminggirkan penggiat media sosial itu secara terbuka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.