Selasa, Oktober 10, 2017

Heh! Selepas puas dia menyerang Si Rafizi dengan membuat dakwaan kononnya Pakar Strategi PKR itu punca Barah didalam parti, kali ini Si Tipah Koyak tu mengamuk pulak dengan PSM.

Antara lain, Si Tipah Koyak mendakwa parti itu cuba nak jadi Hero dan memburukkan Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin Ali berhubung isu perobohan rumah baru - baru ini.

Malah Si Tipah Koyak tu juga turut mendakwa PSM bersama PAN bersekongkol untuk meruntuhkan Rejim Azmin Ali di Selangor dengan menggunakan isu perobohan sebagai modal.
"Isu perobohan surau hari tu. Dari mula lagi geng PSM (penuh dengan bekas-bekas anti Azmin yang tak dipakai lagi di PKR) sibuk mengatakan semua salah MB Selangor. PSM tunjuk bangga pimpinan ditangkap – jadi hero rakyat.
"Mangsa-mangsa kata tolak tawaran dari MB Selangor. Katanya rumah PPR kononnya tak memadai, terlalu tinggi, tak sesuai tempat etc etc. (akibat dari hasutan orang yang nak bantai Kerajaan Negeri)," kata Latheefa dalam Facebook.
Tidak cukup setakat itu sahaja. Bahkan Si Tipah Koyak tu juga turut mendakwa kononnya puak PAN cuba mengheret Pengerusi Pakatan, Tun Mahathir bagi menghalalkan tindakan tersebut.

Walaupun isu yang menjadi bahan pertikaian Si Tipah Koyak ni ada kaitan dengan perobohan rumah tersebut, namun itu bukan tujuan sebenar pemimpin dari Kartel Si Azmin ni.

Sebaliknya, bagi sesetengah pihak, tindakan Si Tipah Koyak tu merupakan satu taktik retaliasi terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh PSM terhadap Si Menteri Besar Selangor tu.

PSM dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa bahawa mereka tidak akan mudah terpesona dengan janji yang ditaburkan oleh Azmin untuk ajak berunding isu pembahagian kerusi.

Sebaliknya, PSM mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin sebelum ini ternyata tidak ikhlas memandangkan Pakatan Haprak tidak pernah sekali pun mengajak PSM untuk berunding.

Pokok pangkalnya, Si Tipah Koyak tu menyerang PSM tu bukan sebab nak membela kebajikan rakyat. Tapi dia hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi Ketua Kartel dia sendiri je. Maka sebab itu la dia meroyan tak tentu arah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping