Jumaat, Oktober 13, 2017

Bekas Naib Presiden PPBM tidak berganjak dengan keputusannya mahu mengambil tindakan undang - undang terhadap Syed Saddiq biarpun Ketua Armada PPBM itu mengakui berlaku salah faham sebelum ini.

Jelasnya, tindakan Syed Saddiq mengaitkan namanya dengan isu tawaran RM5 juta sebelum ini disifatkan sebagai keterlaluan selain menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin politik.

Katanya, isu itu juga sudah dibuat perbincangan dengan peguam untuk diambil tindakan undang-undang. Dijangka Kak Midah akan memfailkan saman itu dalam masa terdekat.
“Tuduhan yang dilemparkan amat berat. Kalau fitnah biasa-biasa saya tak kisah sangat tapi bila kaitkan terima duit, itu perkara yang sangat berat. Apa yang dilakukan itu menjatuhkan reputasi saya kerana ia dibuat secara terbuka dan dikongsi oleh semua orang,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Syed Saddiq yang mengakui berlaku salah faham selama ini terhadap bekas Exco Kerajaan Negeri Perak itu.

Hamidah berkata, jika isu ini mahu diselesaikan, Syed Saddiq perlu membuat sidang media secara terbuka seperti mana sebelum ini untuk menafikan penglibatannya terhadap isu rasuah RM5 juta itu.

Ditanya kebarangkalian untuk beliau kembali semula ke pangkuan Bersatu, Hamidah menjelaskan perkara itu mungkin tidak akan berlaku.
“Keputusan untuk saya keluar parti itu bukan dibuat secara melulu sebaliknya ia dibuat setelah berfikir panjang. Jadi, saya tak akan kembali kepada parti. 
"Lagipun masa Syed Saddiq serang saya, tiada pimpinan yang tampil memberi penjelasan secara terbuka mahupun berjumpa secara peribadi. Saya anggap tindakan Syed Saddiq memang direstui pimpinan parti,” katanya.
Pada 17 September lalu, Hamidah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden Bersatu dan keluar parti itu dengan alasan parti itu tidak mendahulukan perjuangan untuk rakyat.

Sebaliknya, dasar perjuangan parti itu hanya untuk kepentingan pemimpin tertentu sahaja. Bahkan kepimpinan muda dalam parti itu juga didakwa tidak bertanggungjawab dan bersikap kurang ajar dengan orang tua.

Bagi sesetengah pihak, serangan demi serangan yang dibuat oleh Ketua Armada PPBM itu terhadap Kak Midah adalah diatas dasar dendam peribadi. Maka sebab tu pelbagai tuduhan dan dakwaan dilemparkan untuk memburukkan bekas Naib Presiden PPBM itu selama ini!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping