Jumaat, Oktober 06, 2017

Forum PPBM Kecoh
Inilah bukti betapa IRONIKnya dakwaan yang dilemparkan oleh puak Pakatan Haprak terhadap UMNO selama hari ini. Mereka sering kali tampil membuat tuduhan yang bukan - bukan.

Masih terngiang - ngiang lagi dihujung telinga tatkala forum anjuran PPBM sebelum ini bertukar menjadi kecoh apabila Tun Mahathir didakwa GAGAL menjawab soalan dari peserta.

Namun malangnya, PPBM tidak mengakui kelemahan mereka mengendalikan forum 'Nothing To Hide 2.0' itu. Sebaliknya mereka menuduh pihak luar yang menyebabkan insiden itu berlaku.

Bahkan mereka juga turut membuat dakwaan kononnya insiden kekecohan yang menyebabkan ada beberapa peserta tercedera itu telah dirancang terlebih dahulu oleh musuh Politik mereka.

Walaupun dakwaan dan tuduhan itu tidak ditujukan kepada UMNO, namun semua pihak boleh menduga bahawa puak PPBM itu seolah - olah cuba menunding jari kepada UMNO.

Malah, ada juga yang cuba mendakwa UMNO ni mengamalkan budaya gengsterisme dan dianggap sebagai golongan samseng kerana selalu menimbulkan kekecohan sedemikian rupa.

Tapi, dalam forum yang diadakan baru - baru ini, ternyata tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan oleh puak Pakatan Haprak tu adalah tidak benar. Bak kata orang tua, jauh panggang dari api.

Walaupun pada hakikat bagi sesetengah pihak, kehadiran Pegawai kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah untuk menimbulkan provokasi dan menyebabkan kekecohan, tapi perkara itu tidak berlaku.

Kalau betul la UMNO ni mengamalkan budaya gengster dan samseng, tak mungkin Pegawai Penerangan kepada Si Lim Guan Eng ni boleh bercakap dan keluar dalam keadaan yang baik.

Sebaliknya, Balaci Si Guan Eng ni tidak diganggu sewaktu mengajukan soalan dan siap disambut dengan mesra dikalangan ahli UMNO yang turut hadir dalam kedua - dua forum anjuran parti itu.

Secara tidak lansung, tindakan yang dilakukan oleh penganjur membuktikan UMNO sentiasa terbuka menerima sebarang persoalan. Tidak seperti puak Pakatan Haprak. Bila GAGAL jawab soalan, diorang buat kecoh tak tentu arah dan kemudian salahkan orang lain!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping