Khamis, Oktober 12, 2017

Hah! Nampak gayanya gelaran 'Maha Zalim' yang pada suatu ketika dahulu pernah ditujukan oleh puak - puak PKR terhadap Tun Mahathir kini berjaya diwariskan kepada Si Azmin Ali tu.

Ianya berikutan penganjuran satu forum dikalangan aktivis - aktivis Pro Pakatan pembangkang yang menjadikan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor itu sebagai bahan belasahan mereka.

Ingat ya. Forum ni bukan UMNO atau Barisan Nasional yang buat. Tapi sebaliknya ianya dianjurkan oleh mereka yang selama ini berjuang bermati - matian untuk kepentingan Pakatan.

Antara yang turut terlibat ialah bapa kepada Si Mahasewel tu yang mendakwa Rejim Pakatan pimpinan Si Azmin Ali tu lebih teruk dari zaman pemerintahan Tun Mahathir sebelum ini.

Mohd Ismath Habib Mohamad mendakwa dia ternyata kecewa dengan pemerintahan Azmin yang berjaya merampas kuasa pada tahun 2013 sanggup bertindak kejam terhadap rakyat.
“Belum jadi Perdana Menteri sudah zalim seperti (pemerintahan) Mahathir dahulu. Kalau dia (Azmin) jadi Perdana Menteri, tak tahu apa jadi kepada Malaysia nanti,” ujarnya semasa sesi soal balas antara hadirin dan ahli panel.
Malah dia juga menegaskan bahawa dan juga kumpulan reformasi lain berjuang bermati-matian bagi memenangkan Pakatan Harapan sehingga berjaya membentuk kerajaan Selangor pada 2008.

Namun dia sama sekali tidak menyangka, Rejim pimpinan Si Azmin Ali tu kini lebih teruk daripada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) dibawah Menteri Besar Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Turut membidas Azmin, Nasirudin Mohamad yang memperkenalkan dirinya sebagai ahli PKR yang kini dianggap sebagai Pengkhianat kerana membuka pekung parti kerana kezaliman Azmin.
“Hari ini dua rakyat tak boleh dibela oleh kerajaan negeri. Lihat sendiri, Encik Razak adalah seorang OKU. Seorang OKU tidak boleh mendapat pembelaan Menteri Besar. Inilah dia pengkhianat yang diberi mandat oleh rakyat, tetapi angkara tamak haloba dan rakus ketirisan menunggu satu imbuhan besar untuk beliau dan juga kroni-kroninya,” tegasnya.
Ahli panel forum berkenaan terdiri daripada Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard); Setiausaha Agung PSM, A Sivarajan; AJK Pusat PSM, S Arulchelvan, serta dua mangsa perobohan oleh Rejim Azmin, Abd. Razak Said dan Yaakob Abdul.

Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang Pro Pakatan Haprak tu sendiri membuktikan bahawa Rejim pimpinan Si Azmin Ali tu tidak la sehebat seperti mana yang didakwa. Sebaliknya, ia sarat dengan permainan Politik Longkang Si Azmin tu sahaja!!!
Categories: ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping