Khamis, Mac 01, 2018

Kalau tak menabur fitnah, bukan Pakatan Haprak la namanya. Kalau sebelum ini, PKR memang cukup sinonim dengan kes fitnah di mahkamah sebab semua pemimpinnya kuat menabur fitnah.

Tapi jangan ingat pemimpin DAPigs bersih dari mengamalkan budaya fitnah ni. Mereka pun suka juga menabur fitnah terhadap parti MCA dengan membuat dakwaan yang bukan - bukan.

Diantara fitnah yang disebarkan oleh pemimpin DAPigs ialah mengenai peruntukan Kerajaan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang didakwa telah disalah-gunakan oleh MCA.

Pada bulan Julai tahun lalu, MCA melalui Setiausaha Agungnya telah memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen DAPigs kerana menabur fitnah terhadap parti tersebut secara terbuka.

Dan hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh MCA sebelum ini.

Mahkamah menolak permohonan tersebut atas alasan terdapat isu - isu yang boleh dibicarakan dalam saman itu dan mahkamah telah menetapkan 28 Mac untuk pengurusan kes.

MCA dalam penyata tuntutan mendakwa Ahli Parlimen DAPigs itu telah mengeluarkan perkataan fitnah dalam satu ucapan di lobi Parlimen pada 15 Mac 2017 yang diterbitkan dalam pelbagai media cetak dan digital.

MCA mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud bahawa MCA telah menggunakan dana kerajaan  yang diperuntukkan untuk SJKC dan melakukan rasuah sehingga reputasi parti itu terjejas teruk.

Pokok pangkalnya, Pakatan Haprak tu dengan amalan suka menabur fitnah ni memang tak dapat nak dipisahkan. Amalan fitnah tu memang dah cukup sebati dengan diorang. Jadi, tak heran la kenapa puak Pakatan Haprak tu menggelupor biawak bila Akta Berita Palsu nak diwujudkan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping