Selasa, Mac 06, 2018

Kenyataan Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa pembahagian kerusi antara parti pembangkang telah selesai hari ini disanggah oleh pemimpin parti itu sendiri.

Mereka menafikan kenyataan Dr Wan Azizah itu dan menegurkan supaya tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan perbincangan agihan kerusi DUN seperti  di Selangor masih belum selesai dan diperingkat rundingan.

Kenyataan Dr Wan Azizah itu dikatakan boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakan sekutu PKR, kata sumber dalaman Pakatan seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian hari ini.

Kelmarin, Wan Azizah yang juga merupakan Presiden PKR mendakwa, Pakatan sudah menyelesaikan rundingan berhubung agihan kerusi DUN dan Parlimen semua negeri, kecuali Sabah.

Walau bagaimanapun, Wan Azizah menyatakan tarikh untuk mengumumkan keputusan akhir berhubung isu rundingan pengagihan kerusi itu belum ditentukan sehingga ke hari ini.

Sumber di Selangor memberitahu, perbincangan berhubung pengagihan kerusi ketika ini hanya membabitkan 25 daripada 56 kerusi DUN yang disandang Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Berdasarkan keputusan awal rundingan, PKR dikatakan akan bertanding 19 kerusi DUN, DAPigs (18), PPBM (10), dan PAN (9), namun keputusan yang dibuat itu dibantah PPBM dan PAN.

Ketua Penerangan PPBM Selangor berkata, parti itu kekal dengan pendirian untuk bertanding kerusi yang disandang BN. PAN pula bertegas mahu bertanding kerusi DUN disandang PAS.

Sebelum ini Pengerusi Pakatan, Tun Mahathir telah dua kali memberi 'amaran' agar pembahagian kerusi di Selangor itu diselesaikan segera. Namun amaran bekas Perdana Menteri itu tidak diendahkan juga.

Hingga hari ini Kedah, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain belum berani mengumumkan  pembahagian kerusi secara rasmi walaupun Dr. Wan Azizah dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan agihannya telah 'selesai' atau mencapai kata sepakat. 
Categories: ,

1 ulasan:

  1. apa lg yg boleh diharap dgn presiden yg mcm nih?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping