Sabtu, Mac 31, 2018

POLIS sudah merakamkan keterangan penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang, kelmarin.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, penceramah berusia 41 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada 11 pagi dan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Katanya, Syamsul memberikan keterangan susulan laporan polis dibuat seorang lelaki dari Johor yang berusia 51 tahun Sabtu lalu.

“Polis sudah melengkapkan keterangan semua pihak iaitu Syamsul Debat, pengadu dan isteri pengadu yang berusia 39 tahun. Polis setakat ini masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi, malam semalam.

Ditanya sama ada kes ada kaitan dengan seteru politik atau kejadian benar-benar berlaku, beliau enggan mengulas dengan lebih lanjut.

“Kita masih menyiasat dan akan merujuk Timbalan Pendakwa Raya sama ada dihadapkan ke mahkamah atau sebaliknya,” katanya.

Akhbar pada 27 Mac lalu melaporkan Syamsul Debat pada sidang media di Rahang, Seremban memaklumkan terkejut apabila ada laporan mendakwanya mempunyai skandal dengan isteri orang.

Syamsul menafikan dakwaan itu malah tidak tahu apa isi kandungan dan siapa yang membuat laporan polis. Beliau ditemani peguam, Datuk T Anandan tidak terfikir ada individu berdendam dengannya kerana setiap hari berinteraksi dengan ramai orang menerusi ceramahnya.

Pengadu dalam laporan polis mendakwa penceramah terbabit berkenalan dengan isterinya yang menetap di Johor Bahru melalui Facebook sebelum hubungan bertambah rapat apabila mereka sering berhubung melalui telefon.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping