Rabu, Mei 16, 2018

Itu persoalan yang sedang bermain diminda penyokong Rejim Pakatan pada ketika ini. Kenapa lantikan Anwar sebagai Perdana Menteri perlu dilengah - lengahkan? Kenapa tidak dibuat segera?


Diantara penjelasan yang diberikan, tindakan untuk menukar Perdana Menteri itu adalah sesuatu yang tidak bijak. Sebarang peralihan kuasa sepatutnya berlaku pada pertengahan penggal.


Malah, salah seorang Ahli Penasihat Rejim Pakatan baru itu mendakwa, kejayaan mereka merampas Putrajaya adalah hasil usaha Tun Mahathir, bukannya titik peluh pemimpin PKR itu.
“Anda semua mencuba nasib banyak kali dalam pilihan raya tetapi gagal. Sama ada anda suka atau tidak, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya.
"Jika anda mungkir janji kepada rakyat, mereka tidak akan percaya anda lagi," katanya dalam temu bual dengan akhbar Singapura, Straits Times.
IRONIKnya, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR bertentangan dengan apa yang diluahkan Penasihat Rejim Pakatan itu. Mereka mendakwa kejayaan itu adalah milik Anwar.


Nurul Izzah dalam laporan antarabangsa mendakwa, ianya bukan satu perkara yang mudah untuk mempercayai seorang bekas Diktator. Maka pembebasan segera Anwar adalah untuk mengelakkan sebarang 'pelanggaran'.


[BACA: Putri Anwar Ibrahim Mengaku Tak Mudah Mempercayai Mantan Diktator]


Dari satu sudut, tindakan Rejim Pakatan cuba memberi alasan berhubung lantikan Anwar itu memberikan gambaran seolah - olah ada usaha tersembunyi untuk menidakkan dia dari menjawat jawatan tersebut. Persoalannya, adakah itu yang sedang berlaku pada ketika ini???
Categories: ,

6 ulasan:

  1. "Jika anda mungkir janji kepada rakyat, mereka tidak akan percaya anda lagi,"
    Pelantikan PM Baru selepas pertengahan penggal iaitu dalam 2-3 lagi.

    Jika PM sekarang tak dapat mencapai sasaran maka PM baru lah yang dilantik yang mana masih mempunyai kepercayaan oleh rakyat...

    BalasPadam
  2. Tanpa aura Tun Dr Mahathir pada PRU14, Pakatan Harapan akan menjadi Pakatan HAPRAK. Makanya selepas ini parti PKR sudah selayaknya menjenamai nama baru PSS iaitu Parti Syok Sendiri. Jadilah manusia yang bersyukur seadanya, andainya tidak mampu menjadi manusia sehebat Tun Dr Mahathir.

    BalasPadam
  3. Minyak tak turun harga...
    kira mungkir janji ke idak?

    BalasPadam
  4. tun tak cukup tido hanya 3 jam saja sehari kesihatan merosot game plan sesama sendiri sedang berjalan tunggu dan lihat sendiwara depa

    BalasPadam
  5. Kuasa Allah pak nuar arwah mati dulu dari tun m 93 tahun.

    BalasPadam
  6. Laaa...aku bru isi minyak kt Kelantan, RM 1.49 seliter...wakakakaka...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping