Sabtu, Oktober 24, 2015

Hehehe!!! Memang sebijik macam orang kena sampuk dah Si Wan Azizah ni. Meroyan betul dia bila ditegur dalam sidang Parlimen semalam sewaktu YAB Perdana Menteri ucap 'Terima Kasih'.

Entah apa yang dia rasa sakit hati sangat sampai tahap meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal ni pun tak tau la. Orang ucap 'Terima Kasih' pun boleh buat Si Wan Azizah tu bengkak?


Walhal orang ucapan 'Terima Kasih' tu sebagai tanda penghargaan kerana dia mengiktiraf perlaksanaan GST dan juga pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dibuat oleh pihak Kerajaan.

Soalnya, jika dia dan juga puak - puak Pakatan Haprak tu tak mengiktiraf pelaksanaan GST dan juga pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia tu, kenapa ianya masih dikekalkan dalam Belanjawan diorang?

Sepatutnya, kalau diorang rasa perlaksanaan GST dan juga pemberian BR1M tu tak bagus, awal - awal lagi diorang dah buang dua benda tu. Tapi sebaliknya, kenapa diorang tetap serap masuk jugak?

Itu yang menjadi tanda tanya dikalangan rakyat. Dan tak mustahil sekiranya perkara itu yang membuatkan Si Wan Azizah tu dilihat serba tak kena bila ianya diajukan oleh pihak media.

Lebih kurang sama jugak la dengan soalan yang diajukan kepada dia mengenai Misteri Kehilangan Jam Omega sebelum ini. Mula - mula jumpa dengan media, dia kata jam tu ada kat rumah.

Tapi bila pihak media serbu ke rumah dia dan tanya dimana jam tersebut, mula la dia meroyan tak tentu arah. Seolah - olah soalan mengenai kehilangan Jam Omega tu tak boleh ditanya lansung.

Mungkin perkara yang sama jugak la yang membuatkan Si Wan Azizah tu dilihat meracau macam orang kena sampuk bila diberikan ucapan "Terima Kasih". Lepas ni, ingat ye. Jangan ucap 'Terima Kasih' dah pada dia. Takut nanti dia masuk wad sakit jiwa pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping