Nampak gayanya, PKR sekarang ni dah mula menggelupor biawak apabila dua Sayap parti itu meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan mereka.
Dek kerana terasa kedudukan mereka mula tergugat dan sokongan dari PAS semakin hari semakin bertambah berkurangan, pemimpin PKR sekarang mula nak membuat desakan terhadap PAS.
Semalam, pemimpin kanan PKR tampil membuat desakan supaya parti itu menarik balik jawatan Exco yang kini masih lagi dikuasai oleh PAS dalam pentadbiran Rejim Pakatan di Selangor.
Setiausaha Agung PKR membuat desakan itu dengan memberikan alasan supaya PAS tidak berlengah - lengah untuk membuat keputusan tersebut dan perlu tinggalkan jawatan mereka.
Dari satu sudut, desakan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR itu membuktikan bahawa partinya sedang berada dalam keadaan yang cukup terdesak ekoran keputusan yang dibuat oleh PAS.
Bahkan, Setiausaha Agung PKR itu cuba memberikan gambaran seolah - olah PAS merupakan pihak yang bersalah dalam perkara ini. Kiranya, bagi dia, PAS yang membuat tuntutan cerai.
Padahal, PKR yang mula - mula mengkhianati PAS dengan membuat dakwaan buruk terhadap parti iti. Malah, Setiausaha Agung PKR itu sendiri pernah melabelkan PAS sebagai Pengkhianat.
Susulan cadangan untuk meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dibentangkan oleh Presiden PAS baru - baru ini pun nampak sangat PKR tidak menyokong PAS secara terbuka.
Sebaliknya, pemimpin PKR tampil membuat tuduhan fitnah terhadap parti itu yang didakwa kononnya berpakat dengan UMNO dan turut menerima habuan dana kewangan dari 1MDB.
Malah sebelum itu lagi, PKR juga pernah menuduh PAS punca utama yang menjadi batu penghalang kepada beberapa agenda yang direncanakan untuk mengambil alih Kerajaan Barisan Nasional.
Ianya termasuk la agenda perlaksanaan Langkah Kajang dimana PKR mendakwa PAS yang mengagalkan rancangan untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini.
Maka persoalannya sekarang, siapa yang sebenarnya nak menuntut 'Cerai Talak Tiga' ni? Adakah semuanya salah PAS kerana enggan tunduk kepada kehendak dan kemahuan Pakatan?
Sekiranya benar PKR selama hari ini menghormati hubungan mereka dengan PAS, kenapa pulak pemimpin parti itu sanggup membuat dakwaan dan menyebarkan fitnah terhadap PAS?
Pokok pangkalnya, PKR merupakan pihak yang beria - ia mahu hubungan kerjasama Politik dengan PAS itu diputuskan. Tapi tinggal lagi, pemimpin PKR yang Takde Kemaluan untuk menyatakannya secara terbuka sebab takut kedudukan mereka akan tergugat!!!
Ingat...pkr tak sekuat mcm dulu dlm pru akan datang.
BalasPadam