Jumaat, September 29, 2017

Apa benda yang nak dipertimbangkan oleh Si Rafizi ni? Dia ingat nak saman orang ni macam main sepak takraw ke boleh ditimbang - timbang? Kalau nak saman, saman je la. Jangan setakat cakap je.

Kalau ikut kenyataan yang dibuat oleh Si Rafizi semalam, dia sedang mempertimbangkan tindakan undang - undang untuk memfailkan saman terhadap Pengawai Khas kepada YAB Perdana Menteri.

Kata Si Rafizi, serangan yang dibuat oleh Pegawai Khas Perdana Menteri itu memberikan gambaran seolah - olah dia mendapat keuntungan dari sumbangan dari rakyat kepada Invoke.
“Saya berpendapat saman ke atas Datuk Rizal Mansor atas fitnah yang nyata ini akan berjaya mendapatkan pampasan ratusan ribu ringgit yang boleh disumbangkan kepada Invoke,” katanya menerusi sidang medianya yang dibuat secara siaran langsung di Facebook miliknya.
“Saya tidak mendapat satu sen pun manfaat kewangan dari Invoke atau syarikat lain yang saya miliki yang ada urusniaga dengan Invoke (seperti KEIP Resources Sdn Bhd).
"Saya tidak dibayar gaji, saya tidak membuat sebarang tuntutan perbelanjaan, perbelanjaan atau elaun hatta satu sen pun dari Invoke dan KEIP Resources Sdn Bhd,” kata Rafizi lagi.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Rafizi tu memberikan gambaran seolah - olah dia bengkak dengan serangan yang dilemparkan terhadap dirinya sejak kebelakangan ini.

Dan sekiranya Si Rafizi tu yakin dia boleh menang "Ratusan Ribu Ringgit" melalui tindakan saman tersebut, apa yang dia tunggu lagi? Suruh la peguam dia failkan saman secepat mungkin.

Tapi soalnya, ada ke peguam yang nak buat kerja tu untuk Si Rafizi sedangkan sebelum ini Si Tipah Koyak tu sendiri mendakwa bahawa Si Rafizi tu tak pernah bayar seposen pun kepada peguam yang mewakili dirinya dalam kes mahkamah sebelum ini!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping