Apa yang dibuat oleh Naib Presiden PKR ini pada dana rakyat kira - kira sebanyak RM1.5 juta yang berjaya dikutipnya daripada penderma sebelum ni gamaknya ya?
Kata Si Rafizi, dana tu nak digunakan untuk membuat bayaran ganti rugi bersama kos kepada Datuk Seri Salleh Ismail dan syarikat National Feedlot Corporation (NFC)?
Persoalannya sekarang, kenapa Si Rafizi tu tidak cepat - cepat membuat pembayaran sehingga notis mahkamah menuntutnya menjelaskan bayaran ganti rugi kepada Salleh diiklankan?
Mengapa nak tunggu surat dari mahkamah baru nak berbuat demikian? Kenapa wahai Rafizi anda nak tunggu hingga akhbar terbit notis saman anda hanya semata-mata untuk salahkan pihak lain?
Salleh sebelum ini mengesahkan bahawa beliau telah mengambil langkah berkenaan dan memulakan prosiding kemuflisan ke atas Rafizi kerana keGAGALannya menjelaskan bayaran tersebut.
Rafizi sepatutnya cermin dahulu dirinya yang kononnya bersih tetapi realiti sebenar dirinya bergelumang dengan najis dan bukannya meroyan tak tentu arah menuduh kata orang nak memburukkan imej dia.
Sesekali bila difikirkan, mungkin Si Rafizi ni mengalami sakit mental yang kronik. Nak dikatakan cerdik, ada pula bodohnya. Nak dikatakan tidak cerdik, takkanlah Rafizi boleh jadi ahli parlimen.
Tapi inilah yang pepatah orang tua kata, "Cerdik Tak Bertempat Bodoh Tak Boleh Diajar". Apa yang pasti, kalau nak mengajar orang macam Si Rafizi ni hanya setakat buang masa boleh la.
Sebab sampai bila - bila pun perangai haramjadah Si Rafizi tu takkan pernah berubah. Dan menabur fitnah serta membuat tuduhan palsu ni dah menjadi sebahagian dari darah daging dia.
Maka sebab itu kita kena ingat dan teliti semula pesanan yang telah disampaikan oleh Ahli Pimpinan PKR Pusat, Si Tipah Koyak tu dalam serangannya terhadap Rafizi tempoh hari:
"Tanpa Langkah Kajang, pelbagai kemelut yang dihadapi (PKR) sekarang boleh dielakkan. Mengapa Langkah Kajang berlaku? Kerana dia (Rafizi) mahu memastikan Azmin Ali (kini Menteri Besar Selangor) yang sudah pun merupakan ADUN ketika itu tidak dilantik sebagai MB.
“Kita boleh elakkan segala kemelut dahsyat yang menyusul disebabkannya, dan Anwar Ibrahim mungkin masih bersama kami sekarang kalau bukan kerana Langkah Kajang."
Pokok pangkalnya, Si Rafizi ni bukan seorang pemimpin yang tau nak menyelesaikan masalah. Sebaliknya, dia hanya tau mewujudkan masalah. Bila dia tak dapat selesaikan masalah tu, mula la dia meroyan tak tentu arah macam orang Gila Hilang Akal!!!
GERUNLAH anda dengan Allah swt...
BalasPadamTukang fitnah mana kira dosa pahala
BalasPadam