Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menyelar kenyataan Menteri Besar, Azmin Ali berhubung penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang mencetuskan kontroversi pada ketika ini.
“Satu persoalan yang saya nak bangkitkan, arak ini agama siapa atau milik kaum mana? Kalau nak kata hormati agama dan kaum lain, buktikan arak ini milik siapa.
“Kristian, Buddha dan apatah lagi Islam semuanya menolak arak. Kita tidak halang kaum lain untuk minum arak tetapi jangan buat pesta kerana ia mencabar dan tidak menghormati agama lain,” katanya yang dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Sallehen mengulas Azmin semalam yang berkata, meskipun kerajaan negeri menghormati hak kaum dan agama lain, penganjur pesta arak tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) jika mahu mengadakan di negeri itu.
Azmin bagaimanapun berkata, dirinya tidak pasti sama ada penganjur ada membuat permohonan di peringkat majlis tempatan kerana ia tidak sampai di peringkat negeri.
Sehubungan itu Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata, PAS akan cuba sedaya upaya menghalang pesta arak berkenaan jika penganjurnya cuba memindahkan acara tahunan itu ke Selangor berikutan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan permit penganjurannya atas sebab keselamatan.
Menurut Sallehen, acara itu jelas tidak menghormati sensitiviti agama selain mencabar keharmonian hidup beragama.
Pada Jumaat lalu, gabungan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor mengadakan himpunan aman di hadapan Masjid Negeri di sini bagi memohon campur tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya terdapat cadangan pesta arak dianjurkan di negeri itu.
Halang apa cara sekalipun. Pesta arak ini boleh dieksploit dan disabotaj, seolah olah pihak yg menentang melakukan tindakan berkenaan demi meraih political mileage khususnya parti politik yg menyokong pesta tidak bermoral ini. Tujuan mereka hanya untuk mencabar umat islam di malaysua.
BalasPadamJgn tunduk kpd desakan mereka yg cuba cabar keharmonian Islam dn agama lain.
BalasPadam