Sabtu, September 30, 2017

Jangan la pelik sangat bila Si Tian Chuak tu dakwa dia lebih rela masuk penjara dari meneruskan rayuannya dimahkamah hari ini. Takde benda yang boleh dibanggakan sangat bila dia terima hukuman tersebut.

Lain la kalau Si Tian Chuak tu masuk penjara kerana dituduh membela kepentingan rakyat. Kalau itu sebabnya, boleh juga puak Pakatan Haprak tu nak merasa bangga dengan tindakannya.

Tapi malangnya, Si Tian Chuak tu rela masuk penjara diatas kesalahan yang dia lakukan diatas kebodohan dirinya sendiri. Bukannya sebab dia nak membela nasib rakyat sangat pun.

Tambahan pulak, Si Tian Chuak tu masuk penjara pun tak lama. Dia hanya dijatuhkan hukuman penjara selama SEBULAN kerana didakwa meroyan dalam kawasan Pulapol lima tahun lalu.

Hukuman itu berkuatkuasa selepas dia menarik balik rayuan akhirnya di Mahkamah Rayuan atas kesalahan tidak mematuhi perintah Polis selepas ditahan kerana menghadiri Perhimpunan Bershit.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohtaruddin Baki  menetapkan demikian selepas Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54,  selesai membacakan kenyataannya dari kandang pesalah.

Mahkamah Rayuan hari ini sepatutnya mendengar rayuan Tian Chua terhadap sabitan dan hukuman penjara sebulan serta denda RM1,000 setelah didapati bersalah oleh  Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014.

SEBULAN je dia kena penjara? Cuba kalau dia kena SETAHUN. Nak tengok dia sanggup ke tidak masuk penjara. Kalau setakat sebulan ini, Si Tian Chuak tu tak hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping