Selasa, Oktober 17, 2017

Hari ni kecoh dilaman media sosial mempersoalkan mengenai ucapan yang disampaikan oleh bekas Pesuruhjaya SPR ni sewaktu Himpunan anjuran Pakatan Haprak tu baru - baru ini.

Antara lain, bekas pesuruhjaya yang juga merupakan pemimpin PPBM itu mendakwa kononnya Barisan Nasional sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan mereka menang dalam PRU.

Namun, mungkin dek kerana terlalu teruja diberi peluang berucap buat kali pertama diatas pentas Politik, bekas Pesuruhjaya SPR itu secara tidak sengaja telah memalukan dirinya sendiri secara terbuka.

Kata dia, sewaktu dia menjadi Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini, macam - macam cara telah dilakukan oleh Barisan Nasional untuk menang dalam PRU termasuk menipu.

IRONIKnya, bekas Pesuruhjaya SPR tu menjawat jawatan sebagai Pengerusi SPR dari tahun 2000 hingga 2008 dan pernah terlibat secara lansung dalam 6 Pilihan Raya Umum di Malaysia.

Jika difikirkan secara logiknya, siapa BOS kepada bekas Pesuruhjaya SPR itu pada ketika dia menjawat jawatannya? Itu yang menjadi bahan persoalan dikalangan pengguna laman media sosial.

Kalau dilihat dari satu sudut, bekas Pesuruhjaya SPR itu memegang jawatan sewaktu zaman Tun Mahathir masih lagi memegang kuasa sebagai Perdana Menteri pada tahun 2000 hingga 2004.

Kemudian, selepas tahun 2004, tampuk pimpinan Kerajaan Barisan Nasional dipegang oleh Tun Abdullah Badawi. Jadi, takde la kaitan pun dengan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah menghairankan, kenapa setelah sekian lama dia berhenti dari memegang jawatan tersebut baru sekarang dia nak mendedahkan kononnya ada wujud penipuan dalam Pilihan Raya?

Kenapa tidak sejak dari dulu lagi bekas Pesuruhjaya SPR ini mendedahkan perkara tersebut secara terbuka? Adakah dia cuba nak sembunyikan keburukkan yang dilakukan oleh BOS dia sebelum ini?

Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh bekas Pesuruhjaya SPR itu membuktikan bahawa dia bukannya nak berjuang demi mewujudkan Pilihan Raya yang bersih. Sebaliknya dia hanya berjuang untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi pihak tertentu sahaja!!!
Categories:

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping