Heh! Agak menghairankan juga kenapa Presiden PPBM tu hanya sekadar mendiamkan diri apabila dakwaan kononnya wujud sogokan dari pihak tertentu itu didedahkan secara umum.
Sehingga artikel ini ditulis, bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih tidak memberikan sebarang komen mengenai dakwaan yang dibangkitkan oleh Ketua Armada PPBM itu kelmarin.
Tindakan mendiamkan diri yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin itu jelas menimbulkan pelbagai persoalan berhubung dakwaan yang dilakukan oleh Si Budak Hingusan tu sebelum ini.
Soalnya, adakah Presiden PPBM itu sedar dengan kewujudan gerakan sedemikian didalam parti? Adakah dia juga turut menerima tawaran yang sama untuk meninggalkan parti tersebut?
Namun bagi sesetengah pihak, tindakan Muhyiddin Yassin itu tidak dianggap seperti satu perkara yang aneh. Sebaliknya, itu memang perangai semula jadi dia sejak menjadi Presiden parti.
Dek kerana sikapnya yang suka mendiamkan diri itu yang membuatkan dia dianggap sama seperti 'Tunggul Batu' dalam PPBM yang tidak memberikan sebarang impak kepada kewujudan parti tersebut.
Perkara yang sama juga pernah dilakukan sewaktu isu berkaitan skandal dia dengan seorang wanita berbangsa Cina yang didedahkan sebelum ini. Pun dia tidak mampu nak menjelaskannya.
Dan itu juga tindakan Si Muhyiddin Yassin tu apabila dia dicabar secara terbuka untuk berdebat dengan bekas Ketua Srikandi PPBM. Pun dia hanya sekadar cuba mengelakkan diri.
Dari satu sudut, Presiden PPBM ni dilihat lebih cenderung 'Playsafe' dari terlibat secara lansung dengan dakwaan yang dibangkitkan oleh Si Budak Hingusan tu sebelum ini. Takut nanti, dia pulak yang akan terjebak dalam permainan BODOH Si Budak Hingusan tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.