Entah kenapa sejak kebelakangan ini, isu asal usul keturunan seseorang itu seolah - olah menjadi kegilaan dikalangan pemimpin Politik sebagai bahan modal jajaan Politik Murahan mereka.
Kalau sebelum ini isu berkaitan dengan asal usul keturunan Tun Mahathir menjadi bahan pertikaian apabila ada yang mendakwa dia berasal dari Kerala India dan bukannya berasal dari Malaysia.
Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang didakwa berasal dari Negara China dan dibawa masuk sebelum Malaysia mencapai Kemerdekaan menjadi bahan bualan hangat dikalangan rakyat.
Pada ketika isu itu dibangkitkan, bukan main lagi puak Pakatan Haprak tu meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal dan mendakwa pihak yang memainkan isu itu ketandusan idea.
Dan sekarang, asal usul keturunan YAB Perdana Menteri pulak menjadi bahan sindiran oleh pemimpin - pemimpin puak Pakatan Haprak itu. Soalnya, Politik jenis apakah yang sedang dihidangkan kepada rakyat?
Kalau nak difikirkan dari satu sudut, kerja mengejek asal usul keturunan orang ni hanya menjadi bahan mainan budak - budak tadika. Adakah itu taraf pemimpin Politik di Malaysia pada ketika ini?
Rasanya bodoh sangat kalau setakat isu mengenai asal usul keturunan seseorang itu menjadi modal Politik, baik dari pihak Barisan Nasional mahupun puak Pakatan Haprak tu sendiri.
Macam dah tak de isu lain yang boleh dibangkitkan. Padahal, isu mengenai asal usul keturunan seseorang tu tidak ada kaitan pun dengan soal kebajikan masyarakat secara keseluruhan.
Sebaliknya isu berkaitan dengan asal usul keturunan seseorang itu hanya sekadar bersifat individu sahaja. ATAU, adakah Politik di Malaysia ni hanya berkisar mengenai individu tertentu? Kalau Politik setakat main isu pasal individu, jangan la rakyat pun nak diheret sekali!!!
Zahid Hamidi buat OK ya, orang lain tak boleh? Hangpa ni semua double standard.
BalasPadam