Isnin, Oktober 23, 2017



Kira-kira 300 orang, melibatkan ahli dan penyokong dari PAS serta parti Ternakan DAPigs Kelantan bertembung di hadapan bangunan pejabat PAN Salor, dekat Kota Bharu, malam ini.

Kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, sekumpulan 200 ahli dan penyokong PAS dikatakan menyerbu kawasan itu untuk ‘merampas’ bangunan pejabat berkenaan yang didakwa milik PAS Kelantan.

Bagaimanapun, kumpulan itu dihalang oleh lebih kira-kira 100 ahli dan penyokong PAN Kota Bharu membuat benteng manusia bagi mempertahankan pejabat itu yang didakwa milik Husam Musa.

Sepasukan anggota polis juga turut dilaporkan berada di tempat itu untuk mengawal keadaan dan pada awalnya berlaku tolak menolak antara kedua - dua kumpulan penyokong berkenaan.

Pasukan anggota keselamatan itu berjaya menyuraikan perhimpunan tersebut pada jam 9.50 malam, dengan setiap kumpulan berundur pada jarak kira-kira 150 meter antara satu sama lain.

Perebutan pejabat itu bermula sebaik sahaja Husam mengisytiharkan dirinya menyertai PAN pada Ogos tahun lalu.  Berikutan itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan mendakwa, pejabat itu adalah milik mereka.

Menurut laporan, bangunan itu dibina hasil kutipan derma dan sumbangan daripada ahli serta penyokong Pas dan dijaga oleh Husam yang ketika itu Yang Dipertua PAS Kawasan Salor.

Namun, sebaik Husam menyertai PAN, dia menganggap bangunan itu juga turut menjadi miliknya, menyebabkan PAS tidak berpuas hati dan berusaha untuk mendapatkan semula hak mereka.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Harta milik parti bukan milik persendirian.

    BalasPadam
  2. Harta milik parti bukan milik persendirian.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping