Hah! Tau pulak dia nak menggelupor tak tentu arah bila ada orang buat laporan kepada pihak SPRM terhadap dakwaan wujudnya rasuah yang dikalangan pemimpin partinya sebelum ini.
Dengar katanya, Si Budak Hingusan tu mula 'Panas Punggung' bila mendengar khabar bekas Naib Presiden PPBM membuat laporan kepada pihak SPRM berhubung tuduhan yang dilakukannya.
Semalam Kak Midah buat laporan selepas Si Budak Hingusan tu menuduh kononnya dia terlibat dengan sogokan sebanyak RM 5 juta hanya semata - mata untuk mendesak dia keluar dari parti.
“Walaupun saya tak boleh jelaskan secara lanjut sepertimana dinasihatkan SPRM, namun saya berharap siasatan secepat mungkin dapat dibuat.
“Saya juga tidak pernah tahu mengenai wang RM5 juta itu tapi dalam kenyataan Syed Saddiq ia semacam ditujukan pada saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di pejabat SPRM Perak di sini.
Mungkin dek kerana laporan itu dibuat sebelum Si Budak Hingusan tu sempat nak 'Berbincang' dengan peguam dia, maka hari ini dia dilaporkan akan ke pejabat SPRM hari ini.
Tinggal lagi, Si Budak Hingusan tu kali ini menambah 'Drama' dengan mendakwa kononnya keluarga dia turut menerima 'Ugutan' berikutan pendedahan yang telah dilakukannya kelmarin.
"Saya akan membuat dua laporan berasingan; satu kepada polis berikutan ugutan terhadap keluarga saya dan satu lagi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tawaran sogokan," katanya sehari selepas membuat pendedahan mengenai cubaan rasuah yang dilakukan oleh pihak luar kepada pengasas PPBM.
Memang gitu la gayanya bagi seorang yang kemaruk Publisiti Murahan macam Si Budak Hingusan ni. Macam - macam cara yang akan dilakukan bagi memastikan nama dia menjadi sebutan, termasuk membuat dakwaan sedemikian. Kalau tidak, orang tak tau pulak dia wujud!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.