Khamis, Oktober 05, 2017

Huh! Harap cakap je la Si Mat Sabu ni. Tapi hakikatnya, dia satu habuk pun tak guna. Hari tu cakap dia boleh menang kat mana - mana tempat dia bertanding. Alih - alih, dia yang takde kerusi lagi.

Kalau bercakap hari tu bukan main hebat lagi. Si Mat Sabu ni kata dia boleh menang dimana - mana kawasan yang ditetapkan oleh parti. Waima dia bertanding di Pekan sekali pun.


Tapi dalam kenyataan yang dibuat semalam, Si Mat Sabu tu sendiri mengesahkan bahawa dia masih belum ada sebarang kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Kata Si Mat Sabu, Jawatankuasa Pilihan Raya PAN masih belum membuat sebarang keputusan untuk menetapkan dikawasan mana dia akan bertanding dalam PRU ke -14 kelak.
"Terserah kepada jawatankuasa (pilihan raya parti), mungkin sama ada di Kedah, Selangor.. mungkin di Pulau Pinang," katanya ringkas.
Dalam erti kata mudahnya, kepimpinan PAN sendiri pun masih GAGAL menemui kawasan yang selamat buat Presiden parti mereka itu bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Jika sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa Si Mat Sabu tu bakal menggantikan Khalid Samad di Shah Alam sementara Ahli Parlimen Shah Alam itu akan berpindah ke Johor.

Tapi kalau Si Mat Sabu tu bertanding di Shah Alam sekali pun, belum tentu dia akan menang memandangkan PAS Selangor berikrar akan merampas kembali kerusi tersebut daripada PAN.

Malah PAS Selangor dalam satu kenyataan semalam juga turut menganggap Si Mat Sabu tu sebagai bukan saingan kepada mereka dan turut melabelkan Presiden PAN itu sebagai "Ayam Daging".
"Mat Sabu di mana-mana tempat beliau bertanding pun akan kalah, beliau tidak ada taring. Mat Sabu bukan ayam kampung, sebaliknya sudah jadi ayam daging. Mat Sabu bukan ancaman kepada PAS Shah Alam mahupun PAS Selangor," tegasnya.
Sebagai rekod, Si Mat Sabu ni penah KALAH TIGA KALI BERTURUT - TURUT dalam Pilihan Raya Umum yang diadakan sebelum ini walaupun dia bertanding dikawasan yang dianggap sebagai Kubu Kuat PAS sewaktu dia bersama - sama dengan parti itu!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. 3 Kali kalah pilihanraya, 1 kali kalah timbalan president. Bila kalah Pemilihan parti, keluar parti buat parti baru. pru-14 kalah lagi janganlah pula keluar negara buat negara baru di Antartika.

    BalasPadam
  2. Padan muka dia baru dia tahu orang suka ka tak suka cuma jadi balaci dapigs cucuk hidung sana sini.

    BalasPadam
  3. Org dah tahu perangai buruknya. Kan pernah kena tangkap khalwat dgn bini orang satu masa dulu...siapa nak percaya lgi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping