Herankan? Kenapa selepas Kak Midah membuat laporan kepada pihak SPRM berhubung dakwaan yang didedahkan sebelum ini baru Si Budak Hingusan tu nak mintak maaf secara terbuka?
Hari ini, Si Budak Hingusan tu tampil mengakui bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap bekas Naib Presiden PPBM itu sebelum ini dengan menganggap ianya sebagai 'Salah Faham'.
Katanya, dia bersedia untuk bertemu dengan Kak Midah bagi menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku diantara mereka berdua sejak tertubuhnya parti pimpinan Tun Mahathir itu sebelum ini.
“Saya akui ‘pertelingkahan’ ini hanyalah salah faham. Kerana itu saya saya bersedia bertemu Hamidah. Ini cara terbaik untuk menyelesaikan isu ini. Ia bukan sahaja isu parti, tetapi silaturahim yang begitu baik sejak tertubuhnya Bersatu,” katanya.
IRONIKnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Budak Hingusan tu dibuat seminggu selepas dia menuduh wujudnya gerakan menyogok pemimpin PPBM untuk meninggalkan parti tersebut.
Bagi sesetengah pihak, Si Budak Hingusan tu juga cuba menyasarkan Kak Midah sebagai salah seorang pemimpin yang turut menerima sogokan itu daripada individu tertentu sebelum ini.
Bahkan Si Budak Hingusan itu juga pernah menghalau Kak Midah dari PPBM kerana dituduh sengaja mahu memecah-belahkan kepimpinan parti dan seterusnya menjadi agen UMNO.
Ekoran tuduhan dan dakwaan yang dibuat, Kak Midah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti tersebut dengan alasan hala tuju parti itu hanya bagi individu tertentu sahaja.
Malah Kak Midah juga mendakwa kepimpinan muda dalam parti pimpinan Tun Mahathir itu juga tidak tau nak menghormati orang tua dan bukannya suruh dia berambus dari parti tersebut.
Ada juga khabar angin mengatakan bahawa kemungkinan ada lagi pemimpin dan ahli yang akan meninggalkan parti tersebut kerana sudah muak dengan kerenah kebudak - budakkan yang ditampilkan oleh Si Budak Hingusan tu. Mungkin sebab itu dia menggelupor nak mintak maaf!!!
Maksudnya dia berbohong la kan dlm pcdiq baru2 ni..tp xpe sbb selain umno, parti lain ckp tipu pun xpe org akan percaya..
BalasPadam