Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang yang kecewa kerana terasa dirinya seperti telah dipinggirkan partinya sendiri sejak kebelakangan ini. Maka dia buat la dakwaan seperti itu.
Hakikatnya, Si Mahfuz Bean ni bukannya dipinggirkan parti. Tapi sebaliknya, dia yang memilih untuk meminggirkan parti kerana masih mengharapkan kasih sayang dari Pakatan Haprak tu.
Apa yang jelas, Si Mahfuz Bean ni seolah - olah seperti tidak dapat menerima kenyataan bahawa pucuk pimpinan partinya telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan Pakatan.
Namun malangnya, Si Mahfuz Bean ni bukan sahaja tidak menyokong keputusan yang dibuat. Malah dia juga turut mempertikaikan pendirian pucuk pimpinan partinya itu secara terbuka.
Antara lain, Si Mafuz Bean ni mendakwa Gagasan Sejahtera yang diterajui oleh PAS dan disertai parti Ikatan pimpinan Mamak Kadiaq itu tidak akan menjadi pilihan dikalangan rakyat.
"Realiti politik dalam PRU ke-14 nanti akan menyaksikan pertandingan 2 pakatan besar iaitu PH dan BN. Adapun pakatan Gagasan Sejahtera dilihat sebagai pakatan terpencil dalam PRU ke- 14 akan datang.
"Ini kerana PAS yang menerajui Gagasan Sejahtera menyasarkan dan berkeyakinan sekadar untuk menang 40 kerusi Dewan Rakyat sahaja, walaupun PAS akan bertanding lebih dari 100 kerusi tetapi sasaran untuk kemenangan hanya 40 kerusi Dewan Rakyat sahaja.
"Maka hari ini rata-rata rakyat melihat Gagasan Sejahtera sebagai pakatan terpencil serta hilang keyakinan yang akhirnya akan membuatkan rakyat Malaysia khususnya pengundi tidak akan memberi undi kepada parti yang tidak bercita-cita pada realitinya," ujarnya lagi.
Secara kesimpulannya, Si Mahfuz Bean ni jelas tidak menaruh keyakinan terhadap parti yang pernah menaikkan namanya sehingga menyebabkan dia sanggup memperlekehkan parti itu secara terbuka.
Secara tidak lansung, kenyataan Si Mahfuz Bean itu seolah - olah sengaja dilakukan bagi mengundang rasa kurang senang dikalangan pemimpin parti. Nampak macam dia sengaja menempah tiket untuk tidak menjadi calon dalam PRU yang akan datang atas tiket PAS!!!
Si mahfuz ni yg semakin trpinggir sebenarnya
BalasPadam