Selasa, Oktober 03, 2017

Wah! Kasar betul bahasa yang digunakan oleh bekas Ketua Pemuda PAS ni. Nampak gayanya, marah betul Si Nik Abduh ni dengan puak - puak PAN tu sehingga keluar bahasa sedemikian rupa.

Tapi, kalau dilihat dari satu sudut, tak menghairankan kenapa anak kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz ni sanggup berbahasa sekasar itu bagi membidas tindakan PAN sejak kebelakangan ini.

Parti Ternakan DAPigs itu bukan sahaja menjadikan nama Allahyarham bapanya sebagai bahan jajaan Politik. Malah mereka juga turut cuba nak memesongkan pandangan rakyat kepada PAS.

Antara lain, Si Nik Abduh tu mendakwa puak PAN tu cuba menggambarkan diri mereka sebagai pejuang Reformis dan Mujadid dikalangan masyarakat sedangkan hakikatnya jauh sekali.

Sebaliknya, Si Nik Abduh tu mendakwa, puak PAN tu sedang memberontak mengikut resepi DAPigs terhadap usaha reformasi dan islah yang telah dilakukan oleh PAS sejak sekian lamanya.
"Ajaran mabuk DAP itu telah menikam-nikam saraf, otot dan urat-urat halus otak mereka. Mereka kekejangan melihat PAS yang 'cool' berhadapan 'The Apocalypse' ciptaan DAP itu," ujarnya melalui Facebook.
Malah, kata Nik Abduh, puak PAN tu juga sedang memberontak terhadap PAS kerana tidak dapat mempergunakan jentera parti itu untuk menjaga kepentingan Politik peribadi mereka sendiri.

Dalam masa yang sama, Si Nik Abduh tu mendakwa puak PAN tu kini sudah menjumpai pengganti kepada Allahyarham Nik Aziz, iaitu Tun Mahathir yang selama ini dianggap sebagai Musuh Negara.
"Entah dadah 'flakka' apa yang DAP bagi makan sampai otak jatuh ke lutut.. Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir telah menjadi satu. Uhh mengerikan.." sindirnya lagi.
Apa yang jelas, bagi Si Nik Abduh ni, puak PAN tu hanya ibarat "Anak Butir Taik" kerana matlamat utama parti itu hanya untuk menghancurkan PAS sebelum melangkah ke Putrajaya.
"Mereka menunggu dan terus menunggu. Itu pungguk merindukan bulan namanya.. 'Last-last', bulan pun serabut tengok muka mereka. Pergi meninggallah." tegasnya lagi mengakhiri catatannya dilaman media sosial itu.
Pokok pangkalnya, kenyataan yang dibuat oleh Nik Abduh itu memberikan gambaran jelas bahawa PAN tidak mempunyai hala tuju mereka sendiri. Sebaliknya, parti itu hanya mengikut skrip dan rentak permainan yang ditetapkan oleh DAPigs serta Tun Mahathir!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping