Biasa la. Dah menjadi lumrah bagi mana - mana parti Politik turun padang. Tapi bezanya dengan puak pembangkang, kelibat mereka hanya dapat dilihat apabila ada pemimpin besar datang.
Kalau nak diharapkan kepimpinan setempat, memang tak nampak la batang hidung diorang. Maka sebab itu kelibat puak pembangkang ni hanya dapat dilihat bila nak dekat Pilihan Raya.
Jika sebelum ini, bukan main lagi puak pembangkang tu memperlekehkan YAB Perdana Menteri turun padang dan menziarahi rakyat. Kononnya kata mereka, semua tu hanya gimik Politik.
Padahal, apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu sudah menjadi norma dikalangan pemimpin Barisan Nasional dimana - mana tempat sekali pun. Mereka berbakti tidak tentu masa.
Waima pemimpin diperingkat Bahagian sekali pun akan melakukan perkara yang sama. Kerja ziarah ini dilakukan dengan penuh istiqomah dan bukan hanya kerana nak dekat Pilihan Raya sahaja.
Tapi persepsi puak pembangkang yang mentalitinya sempit ini hanya melihat keadaan itu pada ketika itu sahaja. Sebaliknya mereka tidak melihat secara keseluruhan dengan mata hati yang terang.
Tak salah sekiranya puak pembangkang tu nak turun padang dan menziarahi rakyat. Itu merupakan salah satu tuntutan Politik mereka. Tapi setidak - tidaknya, jangan la diorang bersifat Retorik.
Penyudahnya, jadi la macam Si Fuziah Salleh yang akhirnya kesipuan nak memuat-naikkan gambar dia turun padang dilaman media sosialnya sendiri. Tak pasal - pasal je dia jadi Songeh.
Begitu juga sekiranya pemimpin Barisan Nasional mengadakan kempen memberi minyak percuma kepada rakyat. Pun turut menerima keceman dan kritikan sempit dari kalangan puak pembangkang ni.
Tapi, bila benda yang sama dilakukan, pandai pulak diorang mendakwa ianya untuk keperluan rakyat dan tidak pula dianggap sebagai 'Gula - Gula Politik' seperti yang dituduh terhadap BN?
Itulah kisahnya bila PAS dilaporkan mula menggatal masuk ke kawasan DUN Kuala Sentul seperti mana yang dijelaskan oleh sahabat Facebooker, Abadi Romeo ni. Bila nak dekat PRU baru nampak kelibat PAS yang tak ubah seperti Cendawan Tumbuh selepas Hujan!!!
Ketika rejim umno perintah selangor dulu pun ada yb yg tak nampak batang hidung kecuali apabila menjelang pru.
BalasPadam