Memang itu yang sebaik - baiknya. Tak payah dilayan sangat pun kerenah kebudak - budakkan yang ditonjolkan oleh Si Mahfuz Bean tu. Dia hanya ibarat macam budak kecik yang kecewa.
Maka atas dasar itu, Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan tidak akan memecat Si Mahfuz Bean tu memandangkan Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa.
Dalam satu kenyataan, Timbalan Presiden PAS mendakwa parti itu mahu memberikan tumpuan kepada memenangkan pilihan raya umum daripada “membuang masa” dengan Mahfuz.
“Kita fikir tidak ada keperluan kerana lebih baik fokus kepada pilihan raya. Tak payah buang masa dengan dia,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, PAS Kedah mengesahkan Mahfuz tidak ada dalam senarai calon pilihan raya umum ke-14 di negeri Kedah dan berkata Mahfuz boleh mencari platform lain untuk bertanding.
Di Konvensyen Nasional PAN 2017 hari ini, Mahfuz turut menyindir PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadapnya sekiranya parti Islamis itu mengamalkan politik matang.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali berkata terpulang kepada ahli PAS untuk menilai sikap dan tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu sendiri.
Khairuddin berkata: “Ahli lebih cerdik untuk menilai sikap dan tindakan Datuk Mahfuz,” katanya kepada FMT.
Beliau menambah terpulang kepada Mahfuz untuk kekal bersama PAS tetapi “kalau dia sayang PAS, dia kena ikut segala arahan dan juga hala tuju terkini PAS untuk PRU-14,” katanya.
Terdahulu, Pengkhianatan Mahfuz Bean semakin bertambah terserlah apabila dia turut menghadirkan diri di Konvensyen anjuran parti Ternakan DAPigs, PAN di Alor Setar, Kedah hari ini.
Selain Mahfuz, dua orang pemimpin PAS Kedah – Adun Anak Bukit Amiruddin Hamzah, Adun Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa adalah diantara yang menerima undangan ke konvensyen tersebut.
Tak perlu layan org yg meroyan dlm politik.
BalasPadam