Khamis, Oktober 26, 2017

Heh! Sekarang baru kita faham kenapa Si Azmin Ali tu beria - ia menolak untuk menandatangani lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dianjurkan oleh pihak SPRM sebelum ini.

Rupanya, Si Azmin tu tau bahawa staf pejabat dia sendiri pun memang tidak boleh dipercayai. Mungkin sebab itu dia sering dilihat memberikan alasan untuk mengelakkan diri.

Dengar katanya, seorang bekas kakitangan pejabat MB Selangor tu telah ditahan oleh SPRM kerana dipercayai terlibat dalam kes rasuah dan salah guna kuasa berkaitan projek membekal cenderahati pada 2016.

Menurut sumber SPRM, suspek yang berusia 38 tahun itu juga merupakan bekas pembantu tadbir di pejabat berkenaan ditahan kira - kira pukul 12.30 tengahari semalam di pejabatnya.

Turut ditahan oleh pihak SPRM ialah seorang pemilik syarikat pembekalan cenderahati yang berusia 59 tahun dengan isterinya yang berusia 52 tahun, kira - kira pukul 3.30 petang tadi.

Sumber itu berkata, bekas kakitangan pejabat MB Selangor itu disyaki telah menerima wang sebanyak RM16,566 daripada pemilik syarikat pembekalan cenderahati berkenaan tahun lepas.

Dikatakan bahawa habuan berbentuk wang itu adalah sebagai balasan kepada pegawai itu kerana mengesyorkan syarikat tersebut sebagai pembekal cenderahati kepada pejabat berkenaan.
“Isteri pemilik syarikat pembekalan cenderahati itu pula ditahan kerana dipercayai bersekongkol dengan kedua-dua suspek,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kesemua suspek akan direman di Mahkamah Majistret di sini esok.

Secara tidak lansung, tindakan yang diambil terhadap bekas Pegawai Pejabat MB Selangor itu sekaligus menyangkal dakwaan kononnya Rejim Pakatan pimpinan Si Azmin Ali tu ada kaedah tersendiri untuk menangani isu rasuah dikalangan pentadbiran mereka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping