Sebelum melongkangkan orang lain, elok Si Azmin Ali tu mencermin dirinya terlebih dahulu kerana ternyata Si Menteri Besar Selangor tu pernah melongkangkan dirinya sendiri sebelum ini.
Sambil mengecam tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Jamal Yunos semalam, Si Azmin Ali ni mendakwa kononnya rakyat di Selangor tidak memerlukan Politik Longkang seperti itu.
Namun hakikatnya, kenyataan Si Azmin Ali itu tidak mencerminkan pentadbiran Rejim Pakatan Selangor tu sendiri yang kini diselubungi dengan pelbagi isu dan dilanda kemelut kepimpinan.
Amalan Politik Longkang Si Azmin Ali tu sejak menjadi Menteri Besar Selangor bukan sahaja dikecam oleh pihak lawan, malah pernah menerima tentangan dari kalangan rakan sekutunya.
Antara yang menjadi pertikaian ialah mengenai pendirian Si Azmin Ali yang dilihat Mesra PAS walaupun parti itu telah memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan Pakatan sebelum ini.
Namun, desakan demi desakan yang dibuat terhadap Rejim Pakatan Selangor tu tidak sedikit pun diambil peduli oleh Si Azmin selaku Menteri Besar. Sebaliknya, dia buat pekak badak je.
Tambah memburukkan keadaan ialah cara Si Azmin Ali tu menggulingkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan didakwa merampas jawatan tersebut dari Wan Azizah dengan bantuan PAS.
Terkini, akibat desakan mahu mengekalkan kuasa serta jawatannya di Selangor, Si Azmin Ali tu tanpa segan silu mengumumkan bahawa PKR sedia berunding dengan PAS bagi menghadapi PRU yang akan datang.
Rundingan itu antara lain adalah bagi mewujudkan kembali kerjasama Politik diantara kedua - dua parti tanpa persetujuan dari pucuk pimpinan Pakatan yang terdiri dari DAPigs, PAN dan PPBM.
Tindakan Si Azmin Ali itu membuatkan puak Pakatan menganggap ianya sebagai Pengkhianatan terhadap konsensus yang tidak mahu PAS kembali menyertai gabungan tersebut.
Kesimpulannya, tak perlu la Si Azmin Ali tu nak tunjuk yang dia hebat sangat berbanding orang lain yang didakwa bermain Politik Longkang sedangkan dia sendiri pernah terjun ke dalam Longkang hanya semata - mata mahu meraih sokongan simpati dari kalangan rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.