PAS tak ambik peduli pun dengan kenyataan Mahfuz Bean yang sebelum ini mendakwa bersedia bertanding sebagai calon parti lain dalam Pakatan sekiranya nama dia tidak dicalonkan.
Rupanya, Si Mahfuz Bean tu telah ditong-sampahkan oleh PAS. Jadi tak heran la sekiranya Ahli Parlimen Pokok Sena itu sekarang ni sedang merempat dan cuba menagih simpati dari orang lain.
Hakikatnya, Si Mahfuz Bean tu sekarang ni memang sudah tiada tempat dikalangan pemimpin serta ahli PAS akibat Pengkhianatan yang dilakukan terhadap parti itu secara terbuka.
Pada ketika ini, Mahfuz merupakan diantara pemimpin PAS yang paling kuat mengkritik serta memperlekehkan parti itu sejak mereka memutuskan hubungan kerjasama dengan Pakatan.
Bahkan, bekas Ketua Penerangan PAS itu juga sering kali dilihat muncul diatas pentas Politik parti yang menganggap parti itu sebagai 'Musuh Utama' mereka seperti PAN dan DAPigs.
Malangnya, Si Mahfuz Bean tu sendiri dianggap tidak mempunyai maruah kerana masih enggan meninggalkan PAS walaupun dia jelas tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti tersebut.
Maka tak pelik la sekiranya Setiausaha Dewan Ulama PAS mendakwa bahawa parti itu tidak kisah jika Mahfuz mahu bertanding sebagai calon Pakatan menjelang PRU yang akan datang.
Katanya, PAS tidak terkesan lansung dengan pendirian yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean itu kerana parti tersebut mempunyai ramai lagi calon lain yang boleh menjadi pengganti tempatnya.
"Dalam PAS, tokoh yang lebih berwibawa daripada dia ramai," ujarnya ringkas ketika dihubungi Antarapos.
Pokok pangkalnya, tingkah laku yang dipamerkan oleh Si Mahfuz Bean itu membuktikan bahawa dia tidak mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap parti yang telah menaikkan namanya. Itu menunjukkan yang Si Mahfuz Bean ni seorang pemimpin yang tak mengenang budi!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.