Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut malas nak komen banyak pasal tindakan Vell Paari ni.
Cukuplah penjelasan yang dibuat oleh TPM dan Setiausaha Agung UMNO yang buat statemen.
Tambahan pula, V. Mugilan sendiri dah mengaku yang UMNO tidak terlibat. Maka secara keseluruhannya, Vell kena mohon maaf dengan UMNO serta ahli - ahlinya.
Yang Semut nak sentuh ialah mengenai pemahaman sesetengah orang mengenai perjuangan Politik ni.
Bukan semua perkara boleh kita capai dengan politik semata - mata. Hanya kuasa sahaja. Tak kira la parti politik mana sekali pun, baik Kerajaan mahupun pembangkang. Objektif utamanya hanya kuasa.
Jadi jangan la sebab kuasa, kita boleh jadi gila. Macam sesetangah orang tu.
Bila kuasa terancam, macam - macam benda dibuatnya. Termasuk la menyalahkan orang itu dan ini.
Fikir - fikirkan lah.
Kerana kuasa dan jawatan ada Melayu yang sanggup jadi pengkhianat........
BalasPadam