Salam 1Malaysia.
Hari ini Semut masih mendengar cerita perbalahan mengenai penggunaan Isu Kalimah Allah yang dipertikaikan. Lebih mengejutkan Semut, yang mempertikaikan isu itu bukan orang Kristian, tetapi Nik Aziz Musyidul Am PAS.
Sekali lagi, Nick Aziz dengan lantang melanggar saranan KDYMM Pemangku Yang DiPertuan Agong dalam Majlis Mesyuarat Raja - Raja yang telah diadakan awal tahun ini. (Klik Sini)
Nick Aziz dengan terang - terangan juga membantah jawapan Timbalan Mursyidul Am PAS, Al-Fadhil Dato Dr. Haron Din mengenai isu yang sama.
"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Dr. Haron Din)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas". Dengan kata lainnya, Nik Aziz bersedia untuk memberi jawapan balas juga.
Beliau yang ditemu ramah oleh pemberita (Klik Sini) mempertahankan kenyataan yang beliau buat sebelum ini bahawa agama lain dan DAP terutamanya boleh menggunakan Kalimah Allah dalam kempen politik mereka.
Ini soalan Semut Buat Nick Aziz:
Apa jawapan Nick Aziz apabila seorang budak datang bertemu beliau dengan membawa Salib yang ada Figura Manusia ditengahnya lalu menyatakan, Ini Allah.
Jawab Nick Aziz.
Fikir - fikirkan lah.
terangkan dengan terperinci la tentang apa itu Allah dari pandangan islam....ni baru la dikatakan dakwah, bukan nye paksa org jangan sebut Allah..bila org tanya, terangkan sapa Allah dlm islam, sifat2 terpuji, keagungan Allah....
BalasPadamtapi salib yg ada patung manusia mane ade org kata Allah..2 bagi dorg Isa atau Jesus....
Tidakkah saudara Tanpa Nama membaca blog DARI PAS UNTUK PAS yang saya link dalam posting selepas ini? klik link dibawah.
BalasPadamhttp://puterisembilan.blogspot.com/2009/03/isu-kalimah-allah-dari-pas-untuk-pas.html
Dalam blog berkenaan, tertulis Rentetan Perbincangan yang berlaku dalam parlimen.
Jika saudara mencadangkan penerangan secara terperinci diberikan dari pandangan Islam, baik berdakyah agar mereka masuk Islam.
Kenapa pula Khalid Samad menyebarkan risalah Kristian yang terang-terangan memujuk orang memeluk agama kristian?
Berikut adalah maksud Ayat Al - Qur'an yang mengambarkan penyelewengan dalam penggunaan Kalimah Allah:
Surah At Taubah “Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah."
Adakah ianya akan menjadi satu perkara mustahil untuk seorang kanak - kanak memperkatakan sesuatu seperti yang saya persoalkan?
Pernah diceritakan oleh seorang lelaki Indon kepada sahabat saya.
BalasPadamDi Indinesia ada rumah Allah. lalu sahabat saya bertanya, Masjid? Bukan, Gereja.
Apa yang ada disana? tanya sahabat saya. Anak Allah,jawab lelaki Indon itu.
Dimana? Soal sahabat saya lagi. Di tiang salib.
Mustahil ke kalau keadaan ini berlaku dalam Malaysia?
ya...memang itu yg diorang kenal pasal Allah....
BalasPadambukan baru2 ni, malah sudah lama....berkurun....
merujuk kepada yahudi dan nasrani...bukankah 2 agama ini asalnya adalah agama Allah....bermakna bertuhankan Allah....cuma nasrani n yahudi ini akidah n pegangannya sudah terpesong....lalu Allah turunkan islam kepada nabi muhammad saw....
so tidakkah saudara berfikir yg menyebut Allah sebagai tuhan mereka adalah hak mereka sebagai seorang yg menganut sesuatu agama...serupa juga injil yg mereka pegang, itu juga kan adalah kitab yg diturunkan Allah kepada isa, nabi kita juga....so mengapa kita tidak halang mereka menggunakan injil???.....
apa yg kita buat setiap kali berdebat dgn kafir kita akan terangkan yg kristian itu sudah tersesat....injil sudah diubah, pegangan mereka sudah salah...
so method yg sama harus digunakan dalam isu kalimah Allah ini....kita tidak menghalang hak namun sambil itu tidakkah kamu lihat yg peluang berdakwah akan menjadi lebih besar apabila kita berdakwah tentang Allah yg sebenar, maka mereka akan membandingkan dgn Allah yg agama mereka ceritakan...
isu ini adalah percanggahan peribadi...
saya sarankan kamu memberi penekanan kepada isu judi yg umno halalkan itu...judi adalah haram, di negara islam manapun ia adalah haram, dalam al-quran terang2 mengatakan haram....nauzubillah
wallahualam
Mengenai permasalahan judi, memang itu yang sedang dilakukan sekarang. Penolakkanterhadap lesen judi itu sedang berlaku diseluruh negara. Tidakkah saudara perasan? Sikit punya besar ayat yang saya gelapkan dalam posting terbaru dalam blog saya ini.
BalasPadamMethod yang dsaudara kata sepatutnya kita gunakan:
apa yg kita buat setiap kali berdebat dgn kafir kita akan terangkan yg kristian itu sudah tersesat....injil sudah diubah, pegangan mereka sudah salah...
Kenapa perkara ini tidak digunakan oleh Nik Aziz dan Khalid Samad? Sedang terang - terangan Khalid Samad menyokong Iban di Sawarawak untuk memeluk Kristian?
Ini bukan masalah percanggahan peribadi. Ini masalah Tauhid anak - anak kita nanti. Bukan Mubaligh - mubaligh Kristian ini tidak tahu, dan perkara ini yang mereka sedang lakukan.
Buat apa lagi kita perlu bagi penerangan sedangkan selama ini perkara ini jelas dan nyata? Kenapa selama beribu tahun yang lalu dan pihak Vatican City sehingga hari ini tidak pernah membuat tuntutan sedemikian, kenapa di Malaysia perlu?
cuba baca kenyataan saya secara teperinci saudara....
BalasPadammereka tuntut kerana di negara islam lain perkara ini tidak menjadi masalah....di malaysia perkara ini menjadi suatu agenda yg dibuat berlebih lebihan....
bukankah saya terangkan yg asalnya Allah juga adalah tuhan yg dirujuk bagi nasrani dan yahudi?? jadi tindakan kita secara tidak lansung mengambarkan islam adalah keras menyekat kebebasan sesuatu agama mengaku tuhan mereka sendiri....kaji kenyataan saya merujuk kepada injil....
berkenaan tauhid anak2 kita?? tidakkah saudara di sedar di sesetengah negara islam atau kristien mereka juga sudah menggunakan Allah sebagai tuhan mereka, bukan baru tapi sudah beribu ribu tahun...namun penganut islam makin bertambah saban tahun....
buka minda fikirkan segalanya...kaji al quran
berkenaan nik aziz, diharap saudara sedar dan cuba kaji...dengan keperibadian n tingkah laku yg dilakukan nik aziz berapa ramai kafir yg menghormati beliau, dan tahukah saudara berapa ramai yg convert islam kerana beliau??? pergi kaji...jika tidak kenal tuan guru jgn berbicara tentang beliau...ilmu saya dan saudara jauh beza jika nak dibandingkan dengan beliau...
berkenaan khalid, saya x kenal beliau n x berani untuk bercakap pasal beliau...
menyentuh isu judi...ya, mungkin saudara menentang...alhamdulillah
tapi mengapa usahanya dilihat jauh berbeza dari isu khalimah Allah yg kita tidak pasti apa hukumnya...ini berkenaan judi yg kita memang tahu hukumnya, haram!!
lakukan perhimpunan menentang...lebih besar dari isu khalimah Allah
saman menteri kewangan, najib...bukankah beliau yg harus dipertanggungjawabkan...??
fikirkan lah dgn mendalam wahai saudara
wallahualam
Saudara Tanpa nama.
BalasPadamSaudara pernah pergi ke Filipina ke tidak? Jauh sangat. Sempadan Siam, Patani. Saudara pernah sampai atau tidak?
Jika benar apa yang saudara kata negara lain membenarkan pengunaan Kalimah Allah ini secara terbuka, kenapa mereka ini ditindas? kenapa sehingga kini Palastine masih dipinggirkan Israel dan yahudi? Jika Yahudi dan Nasrani mengaku Allah juga tuhan mereka, kenapa pembunuhan etnik di Somalia, Bosnia, Palastine ini berlaku? Bukak mata saudara. Bertambah ramaikah umat Islam di Palastine hari ini?
Saudara Tanpa Nama pernah berjumpa dan bersalaman dengan Tuan Guru? Pernah diajak minum teh di serambi rumah beliau? Saya pernah. Malah saya pernah berimamkan beliau untuk solat Asar di Kelantan.
Saya tidak mempertikaikan ilmu dia. Tetapi kenapa dia mempertikaikan apa orang lain kata? Saya cuma perlukan penjelasan yang sewajarnya dari beliau. Keluarkan Statemen, kenapa boleh. Itu sahaja.
Saudara tanpa nama. Sudah habiskah saudara membaca blog saya ini? Lihat posting saya yang bertajuk: Jangan Sesekali Lupa Isu ini. Bukankah dengan panjang berjela saya menghuraikan apa yang Al-Qur'an terangkan?
Mengenai isu Lesen Judi. Kenapa perlu disaman Menteri Kewangan? Sudah luluskan lesen itu? Mana buktinya jika lesen tersebut sudah lulus?
Saudara juga gagal untuk menerangkan kenapa Vatican City tidak pernah pula menuntut agar Pengunaan Nama Allah dicetak dalam Bible dan digunakan oleh mereka.
BalasPadamDalam psoting saya yang bertajuk Pandangan Pemimpin dan Ahli PAS juga ada Video. Video yang saya ambil dari PAS.tv. Dato Dr. Haron Din, TIMBALAN MURSYIDUL AM PAS menyebut:
"Sepanjang pembacaan saya dalam bible ini (yang dipegang beliau) TIDAK ADA SATU PUN KALIMAH ALLAH YANG DITULIS."
Jadi dalam kitab bible mana yang saudara kata ada?
Saudara juga ada mengatakan bahawa negara - negara kristian juga menggunakan Kalimah Allah secara terbuka. Soalan saya, negara kritian mana? England? Rom? Itali? Perancis? Kanada? Amerika? Di England, terang - terangan ditulis: The House Of God di depan gereja mereka.
Jadi negara mana yang guna?
saya berguru dengan nik aziz yg saudara menulis sebagai nick aziz selama 5 tahun....jadi saya lebih kenal beliau atau saudara yg lebih mengenali beliau...
BalasPadamsiapa kata lesen judi tidak diluluskan lagi...nampaknya kamu sendiri sengaja memusingkan isu ini mengatakan lesen tidak dilulskan lagi...kamu tahukah berjaya groups sudah berjaya mendapatkan lesen ini?? bukan media pembangkang yg beritahu tapi tv3 yang menyatakan...mereka juga berkata polis akan menahan kegiatan judi bola sepak piala dunia yg tidak melalui syarikat berjaya groups....selepas tahu ini diharap esok ada saman dari saudara yg menyaman najib!!! jangan jadi seperti zulkifli noordin, waktu isu kalimah Allah berdekah dekah, sekarang seyap seribu bahasa...skarang tiada saman atau perarakan...adakah kamu semua tunduk kepada kelakuan mungkar najib itu??
mengenai palestin dan yahudi....dalam al quran mengatakan kawasan ini tidak akan aman...sudah kah kamu semak sebelum menulis?? jadi apa yang nak pertikaikan tentang keadaan ini...
cubalah kamu semak sejarah islam di sepanyol...maka saudara akan sedar kenyataan saya....
tidak perlu berbicara mengenai lesen bola sepak, sejak sekian lama sebenarnya malaysia meluluskan lesen judi....lihat saja genting, ini terang2 lesennya sudah diluluskan, mana bantahan?? mana saman?? mana imej islam??
fikirkan sebaik mungkin saudara....jangan mengecam benda yg x pasti, tapi benda yg pasti kita tersipu sipu malu hendak menentang
ini berita utusan
BalasPadamKerajaan teliti lesen pertaruhan Piala Dunia
Oleh raja syahrir abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.
‘‘Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.
“Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Muhyiddin menjawab soalan pemberita tentang bantahan masyarakat terhadap langkah kerajaan itu seperti laporan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 11 Mei lalu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang tampil menjelaskan mengenai perkara itu memberitahu, lesen tersebut bukan lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada Berjaya.
Selain itu, Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.
Kelulusan itu ditentang oleh beberapa tokoh sukan tempatan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh melalui laporan Bernama baru-baru ini.
Selain itu, pakatan pembangkang pula mengecam langkah tersebut dengan Pas bertindak menganjurkan siri demonstrasi bantahan perkara tersebut di beberapa negeri semalam.
mengapa perlu teliti dulu?? kenapa x haramkan je terus...judi dah kompom haram
ok, sok ko dah bleh saman najib...cantek, jgn pandai ckp je
Ini Petikan dari Akhbar yang saudara 'cut and paste' di ruangan diatas:
BalasPadamTan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.
Mana ditulis dalam petikan (penuh) mengatakan kerajaan dah lulus lesen tersebut? Dah batal sebelum ini. Cuma dicadangkan nak bagi semula. Belum bagi lagi kan? Mana bukti kata dah bagi?
Kedua, saudara sanggah apa yang saudara sendiri kata. Sebelum ini saudara kata negara-negara luar termasuk negara kristian dan Yahudi mengiktiraf Islam dan menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka.
Tidakkah saudara sedar bahawa Perancis dan Belgium baru-baru ini mengharamkan pemakaian Burqah atau purdah? Bukankah Amerika telah menyerang Iraq dan Afganistan? Adakah tempat ini juga dijanjikan tidak aman?
Saudara. Jika benar Kristian dan Yahudi menerima Allah sebagai tuhan mereka, tidak mungkin perkara - perkara ini berlaku.
Soal sekarang adalah untuk mentarbiahkan Akidah. Saya selalu duduk dengan orang PAS di kawasan saya. Mereka sendiri menolak Penggunaan Kalimah Allah ini oleh Agama lain.
Kenapa saudara yang beragama Islam beria - ia nak mempertahankannya? Mana suara orang - orang Kristian seperti Paderi Pakiam itu? Kenapa dia senyap sekarang dan yang bising hanya orang-orang Islam seperti saudara sahaja?
Saudara juga gagal menjawab kenapa Vatican City, pusat Agama Kristian terbesar didunia tidak pernah membuat tuntutan terhadap penggunaan Kalimah Allah. Jadi negara Kristian dan yahudi mana yang guna kalimah Allah dalam agama mereka seperti yang saudara dakwa?
Jangan pusing topik. Penolakan terhadap Isu Kalimah Allah ini lebih PENTING kerana ia berkaitan dengan akidah dan tauhid. Saya pasti, lesen judi itu akan ditolak.
Saudara boleh bagi jaminan bahawa Isu Kalimah Allah ini akan reda selepas ini?
Imam Ibn Kathir menukilkan kata-kata ‘Ikrimah tentang perihal turunnya ayat ini.
BalasPadamBerkata ‘Ikrimah: “Ketika orang Yahudi mengatakan: Kami menyembah ‘Uzair anak
Allah. Orang Nasrani mengatakan: Kami menyembah al-Masih anak Allah. Majusi
pula mengatakan: Kami menyembah matahari dan bulan. Orang musyrikin pula
mengatakan: Kami menyembah berhala. Lalu Allah SWT menurunkan ke atas
Rasulullah SAW surah al-Ikhlas yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad
bahawa Allah itu Esa, Allah itu tempat bergantung segala makhluk-Nya, Allah itu
tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Allah itu tiada bagi-Nya sekutu”.
Adakah saudara mahu mengatakan bahawa Al-Qur'an itu tidak benar?
Fikir - fikirkan lah.
nampak...saudara mengatakan kekejaman yahudi n nasrani kepada islam
BalasPadamjadi kalau mereka kejam terhadap kita, mengapa kita hendak kejam terhadap mereka dengan menghalang HAK mereka....
kan saya kata ini pandangan peribadi, maknanya ada yang setuju dan ada yg tidak setuju...saya bukan mengatakan org PAS semua setuju...ini pandangan peribadi saya...
begini lah saudara, tidakkah saudara baca yg polis akan membenarkan org ramai berjudi menggunakan syarikat judi berjaya sahaja...habis kalau polis sudah mendapat arahan begini kenapa saudara masih tercari cari judi ini lulus atau belum???
saudara juga tidak petik isu genting??? saudara tahu apa org luar cakap pasal malaysia..."malaysia hidup dengan duit judi genting", ini pengalaman saya sendiri..inikah yg dikatakan negara islam...masih tidak mahu saman dan mengadakan perarakan...
judi perkara haram tertulis dalam quran, penggunaan kalimah Allah tidak dapat diputuskan dalam al quran...
adakah saudara mengatakan al quran itu tidak benar????????
senang2 saya sarankan saudar pergi berjumpa nik aziz yg saudara sebut secara nick aziz terus...jumpa dia di rumah beliau...untuk berjumpa beliau sangat mudah, rumahnya tidak berpagar, sebelah masjid, jumpa lepas solat pun boleh kat masjid, dia sentiasa berjemaah di situ....jangan minta dia jawap di sini, memang dia sukar hendak jawap...
ini cabaran, jika saudara berani...yakin yang nik aziz salah jumpa beliau di rumah beliau...senang untuk berjumpa beliau...
Betapa "Contradict" kenyataan saudara. Saudara menulis:
BalasPadamjadi kalau mereka kejam terhadap kita, mengapa kita hendak kejam terhadap mereka dengan menghalang HAK mereka....
Setahu saya, dalam agama lain kecuali Islam menghalalkan judi. maka ia juga (berjudi) hak mereka bukan? Kenapa saudara beria - ia nak halang?
Saya boleh mencapai kata sepakat dengan saudara tetapi bukan dengan cara ini.
Tidakkah saudara pelik bila ditanya oleh mereka nanti:
Mengapa guna Kalimah Allah boleh, tetapi berjudi tidak boleh?
Apakah benar Al-Qur'an tidak menerangkan bahawa agama lain tidak boleh menggunakan kalimah Allah seperti yang saudara nyatakan? Tidak cukupkah dengan Surah Ali Imran Ayat 19 yang bermaksud:
"Sesungguhnya al-din (yang diredai) disisi Allah adalah Islam".
Dan,
"Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai al-din, maka tidak diterima daripadanya dan dia termasuk dalam golongan yang rugi di Akhirat nanti". Surah Ali Imran Ayat 85.
Siapa perlu kaji Al-Qur'an sekarang ni? Saya atau saudara? tidakkah Rasulullah S.A.W diutus untuk menghalang penyelewengan Agama Sumawi sebelumnya dengan menyatakan apa yang dimaksudkan dalam Ayat ini:
"Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agama ku". - Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6.
Dan mengapa pula saya perlu berjumpa dengan Nik Aziz untuk mendapatkan penerangan sedangkan selama ini juga beliau ada didalam blog? Adakah saudara tidak tahu guru saudara itu ada laman blog?
tetapi tidak ada dalam penulisannya yang menyatakan kenapa boleh guna? dan tidak pula beliau mentarbiah agar orang bukan beragama Islam untuk memeluk Islam.
Siapa menidakkan Al-Qur'an sekarang? Saya atau saudara?
Saya menolak dan membantah terhadap lesen Judi. Saya juga membantah penggunaan Kalimah Allah oleh Agma lain seperti yang tertulis dalam Al-Qur'an.
Apakah saudara boleh bersetuju dengan saya atau sebaliknya?
Oleh sebab itu, Al-Qur'an menolak fahaman bahawa Allah mempunyai anak. Dakwaan golongan Yahudi mengatakan bahawa U'zair itu adalah anak Allah, manakala Nasrani (Kristian) mendakwa bahawa Nabi Isa adalah anak Allah turut ditolak oleh nas Al-Qur'an dengan firman Allah:
BalasPadamDan golongan Yahudi berkata bahwa U'zair adalah anak Allah, manakala golongan Nasrani berkata bahawa Isa adalah anak Allah. Itu adalah kalam mereka melalui mulut mereka. Mereka menyerupai kalam golongan kafir sebelum mereka. - Surah At-Taubah, ayat 30.
Satu lagi keterangan ayat dalam Al-Qur'an yang melarang penggunaan Kalimah Allah oleh Agama lain termasuk agama sumawi (Kritian dan Yahudi).
Adakah ayat Al-Qur'an ini tidak betul dan penggunaan Kalimah Allah ini tidak dapat diputuskan dalam Al-Qur'an?
Saya ulang nasihat saudara. Kaji Al-Qur'an.
saudara mentafsir ayat al quran mengikut kepentingan diri....
BalasPadam"Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agama ku". - Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6.
bermakna kita kenal sapa ALlah kita, tuhan kita...dan mereka mengenali tuhan mereka sendiri dan agama mereka sendiri...jadi di sinilah yg membuka peluang berdakwah itu...bahawa Allah tuhan yg kita sembah x seperti mana yg mereka sembah...
ya, nik aziz ada blog...tapi bukankah terbatas penerangan melalui tulisan, bermakna di sini saudara tdk menyahut cabaran saya berjumpa nik aziz...bukannya susah berjumpa beliau, tidak sesusah berjumpa org org besar dari UMNO..heheh
baiklah, jika saudara menentang kalimah Allah digunakan oleh golongan kafir, saya minta saudara pergi semak lambang PDRM, siap ada kalimah Allah dan muhammad juga....lambang ini dipakai di topi2, bere, dan baju mereka...bermakna ia bukan dipakai oleh org islam sahaja, memandangkan dlm PDRM ad juga yg beragama lain...jadi di manakah kehormatan kalimah Allah tersebut??? saudara ingat mereka ini paham yg kalimah ALlah tdk boleh dibawa ke dalam tandas??? penghinaan bukan?? jadi esok saya mahu isu ini sudah boleh dibangkitkan oleh saudara, masuk akhbar, bantahan, saman....jgn cakap kosong
baik, setahu saudara judi dihalalkan oleh agama lain?? maknanya saudara x tahu....ambil contoh kristian, agama kristian menghalang penganut mereka berjudi, pergilah tanya...bukankah kristian itu adalah agama Allah juga pada mulanya....???
kaji balik saudara
tapi bagi saya saudara masih tidak menentang judi...bagaimana isu genting yang saya cakapkan??? hendak ignore je ke???
terang terang bukan itu haram, di negara islam...org luar mengenal malaysia untung duit judi genting..hahak, ini saya dengar sendiri!!
jadi saudara masih menegakkan quran kah kalu begini???
ok...boleh pergi bantah dan saman sekarang,hahak
saya dah baca ulasan anda semua...nak tahu sesuatu yang mungkin anda terkhilaf atau terlepas pandang ...berkenaan pemberian lesen arak dan pengunaan kalimah Allah...ini semua strategi pihak musuh..jangan anda tak sedar pulak...ingat tak..mula-mula mereka ini mengusik polis,badan kehakiman,spr,sprm,ketuanan melayu,kdn,institusi diraja...yang mana kesemua ini adalah nadi sesebuah negara...negara apa..negara yang bertunjangkan Melayu sebagai pemimpin..Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam..apabila kesemua ini boleh dicuit dan diperkotak katikkan,maka mudahlah strategi mereka seterusnya..semua isu yang berbangkit hanyalah untuk mendapatkan sokongan membuta tuli rakyat yang keliru sebenarnya.Ingat!!!andai perancangan mereka ini berjaya...isu-isu ini tidak timbul lagi..mereka pun tidak mahu lagi menggunakan kalimah Allah...Mereka dah nampak melayu lemah, Islam boleh dibuat lawak dan orang Islam bergaduh sesama sendiri mempertahankan kafir yg semestinya sedang ketawa besar melihat kebodohan orang melayu dan Islam yang tidak sefahaman sedangkan mereka sedang berkira-kira untuk membawa penyapu dan membersihkan apa yang menghalang mereka ...adakah anda lupa ataupun memang tidak mahu tahu
BalasPadamtuan2 , saya saudara baru, dulu kristian , masuk Islam tahun 1988 ,saya bekas pelajar terbaik gereja khatolik kota kinabalu sabah , saya tahu benar isi injil lama dan baru , itu santapan keluarga saya dahulu , semua dalam kepala ..
BalasPadamperbincangan tuan2 ini , kenapa dua orang islam bertelagah dalam Isu nama Allah ? seorang pakai lojik akal , seorang lg guna nas Quran ? pelik dan memalukan ,yg tepat adalah nama Allah HANYA ISLAM YG BERHAK !!
dari Islam untuk Islam demi Islam ..
BalasPadamagenda Kristian yg paling berjaya, ribuan melayu Islam tanpa sedar telah 'ditanamkan'ilmu bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh mereka ,
dengan cara kekerasan mereka gagal , dengan cara halus kini mereka berjaya , berselindung atas nama politik dan kebebasan , ratusan malah ribuan agen kristian dalam melayu tanpa sedar diperalatkan , pihak kafir cuma memandang dari jauh dengan senyuman , remote ada ditangan , cuma tekan butang maka ilmuan melayu islam tangkas bertandak , kasihan ..
bekas penganut kristian , pernah menjadi pelajar terbaik gereja ,syukur alhamdulillah , dgn taufik hidayah Allah , sejak 1988 memeluk Islam ,
BalasPadammelayu Islam , cuma belajar/kaji alQuran ..saya belajar dan kaji kitab Bible dan Quran,bible kini bkn seperti bible 400 tahun dahulu , ianya telah mengalami banyak pengubahsuaian , banyak edisi , kalimah Allah hanya layak dan lojik dalam makna dan hukum yg sebenar dalam/oleh Islam , kristian tidak layak , tidak lojik lagi menggunakan kalimah ini , nak penerangan lanjut hubungi saya ..
Nah. Sudah cukupkah bukti bahawa Kalimah Allah itu tidak boleh digunakan oleh agama lain?
BalasPadamBukan saya yang tulis. Tetapi saudara-saudara baru ini yang tulis.
Janganlah kita kufur dengan hanya mengatakan bahawa hanya orang itu sahaja yang betul.
Rakyat negara mana yang mengatakan bahawa Malaysia dapat untung dari Genting?
BalasPadamSaudara pernah pergi Genting? Kalau saudara tidak pernah pergi mungkin saudara tidak tahu.
Adakah semua orang yang pergi ke Genting itu berjudi?
Jangan salah faham. Genting itu terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian Kasinonya jatuh ke bahagian Negeri Selangor.
Maka, secara automatik, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai hak untuk mengambil tindakan terhadap kasino tersebut. Ini disebabkan lesen premis itu dikeluarkan oleh kerajaan Tempatan seperti Majlis Perbandaran. Jika tutup premis itu, maka tutuplah kasino tersebut.
Nah, tunggu apa lagi? Pergi suruh Khalid Ibrahim tutup kasino genting, Lim Guan Eng tutup Track Lumba Kuda di Penang, Nik Aziz tutup kedai ToTo di Kelantan dan Kedah.
aku sokong orang yg kata malaysia dapat duit tajaan judi genting.....
BalasPadamaku sendiri jumpa orang indon kat indon la..kat mana lagi, dia boleh kata malaysia hidup atas duit judi genting....ini betul bukan tipu..
betul gak yg sorg mamat 2 cakap yg topi polis ada kalimah allah n muhammad, aku dah cek...nauzubillah
camana la org cina n india nak hormat kalimah ni, ingt dorg akan berdisplin tanggal topi polis masuk jamban??
huhh....jom la kita tentang dan saman skarang!!!
aku dah p genting, sapa kata yg kasino 2 masuk bahagian selangor??? apa hang ni...nak tipu lagi
tapi aku p pon b4 tsunami politik kat negara kita ni la...time 2 umuq aku 17, member aku 22...member aku islam, aku pon islam la kan...tapi aku x leh masuk sbb aku ni bawah umoq, heheh.., yelah, darah muda wak2 2...tapi member aku senang ja masuk, owh rupanya x bleh berjudi sbb bawah umur bukannya sebab kita ni islam....huh, sedih gak la
n aku ada terbaca seorg kristian dari sabah punya komen, depa kata depa ni dah lama pakai kalimah allah dlm kristian..betui ka??
tapi hujah dia org islam masih kukuh akidahnya...dia kata la, aku pon x pnah pegi sana.... mcm byk komen kat sini gak la, just kata2...
n pasal kalimah allah ni, aku rasa x patut gak kita bagi kebenaran depa guna...tapi btui gak mamat tu kata ni lebih kepada pendapat individu...kita x leh nak pandang remeh gak apa ulama besar yusuf qadawi cakap....hmmmm
aku harap pasal topi polis 2 kita jom la wat bantahan, ni sama rasanya ngan isu kalimah allah yg dipakai kristian...n aku harap2 btol pm x luluskan judi bola...tapi aku kecewa gak la sebab niat kerajaan nak wat judi 2 dah ada, niat tu dah ada...kalo dia batalkan pon sebab org dah marah...bukan sebab dia perjuangkan islam...haish
first world hotel
BalasPadamGenting Highlands City 69000
Pahang Darul Makmur Malaysia, 69000 Genting Highlands
03-2718-1118
resort hotel
Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang - 03-6101-1118
Genting Hotel
Pahang
ini adalah antara hotel2 di genting yg mempunyai kasino...lihatlah alamatnya, adakah di selangor
sampai perkara begini pun kamu ingin berbohong??jika org ug malas membuat kajian akan percaya saja tulisan saudara dan terus menyalahkan org lain...
saya cuba semak yg lain juga, ternyata semuanya beralamatkan genting highland, pahang...hahak
jadi bolehkah kamu adakan bantahan dan menyaman menteri yg berkenaan?????????????
tentang kalimah Allah, bukankah saya kata ini lebih kepada pandangan peribadi...kita tidak boleh mengambil mudah juga pandangan ulama terkenal sheikh yusuf al-qaradawi....bagaimana pandangan beliau dalam isu kalimah Allah ini???
tahukah saudara ramai lagi kristian di sabah n sarawak yg menggunakan kalimah ALlah??? sudah lama sebenarnya...bukan baru
baiklah...jika benar saudara pertahankan kalimah Allah...cuba baca kenyataan saya tentang lambang yg dipakai PDRM....
bolehkah saudara bertindak?? apa lagi...diharap jgn menipu,hahak
Pandangan dari dua orang Bekas Penganut agama Kristian itu bagi saudara apa? Baliau yang baru terang - terangan menolak penggunaan Kalimah Allah ini.
BalasPadamBaik. Saya akan dapatkan pandangan dari orang Kristian sendiri mengenai pandangan mereka mengenai isu ini. Biar kita dengar sendiri apa mereka kata. Sebab orang Islam hari ini lebih Kristian dari Kristian itu sendiri.
Saya juga akan dapatkan pandangan dari masyarakat agama lain mengenai judi. Kerana sebelum ini saudara kata jika kita halang mereka guna kalimah Allah, kita halang HAK mereka.
Apa salah ke PDRM menggunakan lambang itu? Pernahkah saudara melihat mereka masuk ke tandas dengan topi itu? Bagaimana pula dengan orang2 PAS yang pakai kopiah masuk tandas? lansung, Kopiah itu diguna untuk sembahyang.
Cuba lihat kod nombor telefon bagi Genting. adakah ianya kod bagi negeri Pahang? Bukankah kod pahang 09?
Itu dipahang. bagaimana dengan Kelantan? Berapa banyak premis ToTo yang sudah ditutup?
Sedangkan Hassan Ali merampas Arak di Shah Alam pun pun dikritik oleh Ronnie Liu. Itu Pesuruhjaya PAS Selangor.
Jangan suruh oarang lain buat apa yang saudara sendiri tak mampu buat. Serupa macam ketam mengajar anaknya berjalan tegak. Dia berjalan mengiring.
Rampas Arak diSelangor, Tutup Kilang Carlberg di Shah Alam. Saman Ronnie Liu. Amacam?
BalasPadamSuruh Teressa Kok buat sidang media. Terangkan kepada masyarakat umum bahawa Judi itu Haram. Tutup Rumah Urut di Selangor yang semakin banyak hari ini.
Suruh Eli Wong dan Teressa kok mengislamkan lebih ramai orang-orang asli dan Peribumi.
Baru layak saudara nak pukul anak sindir menantu.
Sedarlah saudara ku. Bahawa keterangan yang saudara beri sebelum ini telah menjatuhkan saudara dalam kekufuran.
BalasPadamSaudara mengatakan:
...penggunaan kalimah Allah tidak dapat diputuskan dalam al quran...
Sedangkan Surah At-Taubah jelas menerangkannya. Tidak ada satu pun Nas Al-Qur'an yang saudara keluarkan untuk menegakkan kenyataan saudara.
Kalau dalam PAS dan PKR, saman menyaman ini perkara biasa. Tetapi mungkin UMNO dan BN mengambil langkah yang lebih berhemah.
Bukankah Musyawarah itu cara terbaik? Saling berpesan dengan Kebenaran dan Kesabaran. Saya yakin, isu Judi Bola ini tidak akan diluluskan oleh kementerian.
hahahaha...ternyata saudara sudah malu dengan penipuan yg saudara berikan...
BalasPadamPKR dan PAS yg saman menyaman??? hahak...bukankah setiap kali kes saman org2 UMNO yg menjuarainya??? tambah2 lagi pemuda UMNO, bercakap dengan cermin ke saudara?? hahak
jika saya kufur bermakna saudara mengatakan sheikh yusuf al-qaradawi juga kufur...
selepas itu saudar MENIPU mengatakan pusat judi genting terletak di selangor....bila saya letak alamat casino gentingf tersipu malu saudara...
pertahankan kalimah Allah...bukankah sewaktu org2 umno pertahankan kalimah ALLAH haritu anda semua membuat perhimpunan?? jadi bagaimana pula topi polis yg saya cakapkan kepada saudara??
inilah namanya satu jari menuding kearah orang lain 4 jari berpaling kepada diri...4 jari itulah saudara...
sudah lamakah saudara bermusyawarah tentang judi di genting?? masih x ditutup lagi pon??kahkah
dalam isu begini saya teringin melihat org2 yg berkaitan berdebat supaya boleh lihat siapa yg benar...tapi bila PAS atu PKR ajak UMNO berdebat seringkali menolak...jadi bagaimana kita boleh melihat perkara ini dengan jelas??
khalid mengajak zulkifli noordin berdebat pon tidak disambut...
saya dapat rumuskan di sini jika kita menipu dan hipokrit dalam perjuangkan agama islam maka lambat laun penipuan itu akan terbuka juga...seperti saudara,hehehe
Yang penting akidah saya tidak berubah. Dan saya tidak mendustakan isi Al-Qur'an seperti saudara.
BalasPadamSayang. Rugi saudara berguru dengan Nik Aziz selama 5 tahun, tetapi satu ayat Al-Qur'an pun saudara tidak dapat nak jelaskan pendirian saudara terhadap isu Kalimah Allah.
"Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agama ku". - Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6.
Mungkin saudara tidak tergolong dalam golongan yang seagama dengan saya. Sedangkan Bekas Pelajar Kristian itu lebih memahami isu ini dari saudara. Dan dia tidak pula berguru dengan Nik Aziz.
Saudara mencabar saya untuk saman itu dan ini. Adakah pihak saudara sudah membuatnya? Sudahkah saudara memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan mengenai lesen judi itu?
Jangan ludah ke langit kena ke muka sendiri. Malu Tok Guru saudara.
Mengenai topi polis itu. Sekurang-kurangnya mereka bangga dengannya.
BalasPadamTidak seperti saudara yang sanggip mendustakan isi kandungan Al-Qur'an.
Fikir - fikirkan lah.