Ahad, Jun 27, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dalam berita di Astro Awani hari ini mengisahkan isu Perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi PKR Negeri Selangor.

Jawatan tersebut sebelum ini telah dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.

Presiden PKR, Wan Azizah mengesahkan perlantikan itu dengan alasan Khalid Ibrahim mahu memberikan tumpuan kepada tugas beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam ertikata lainnya, Khalid Ibrahim mengaku bahawa beliau sebenarnya tidak mampu melakukan tugas - tugas yang diberikan malah GAGAL dalam usaha tersebut.

Selain itu, Semut juga turut berpendapat bahawa tindakan ini juga merupakan satu hukuman kepada Khalid Ibrahim yang turut gagal melaksanakan janji - janji PRU terdalu kepada rakyat Selangor.

Maka, pertembungan dua jaguh gila kuasa ini dijangka akan berpanjangan dimasa akan datang.

Macam - macam kisah Parti Kelentong Rakyat ni ye. Apa? Dia orang ingat rakyat ni tak tau nak berfikir agaknya.

Gambaran Azmin menggantikan Khalid itu sudah cukup jelas bahawa Pemimpin PKR tidak tahu buat kerja mereka. Secara tak lansung ia turut menggambarkan kegagalan PKR mentadbir Negeri Selangor dengan sempurna.

Bagaimana orang - orang seumpama ini hendak dijadikan sebagai pemimpin Negara dikemudian hari nanti? Mampukah mereka membela nasib rakyat pada ketika itu?

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Patut la Pembangunan Ekonomi Selangor semakin hari semakin 'slow'. Rupanya, pemimpin dia slow juga.

2 ulasan:

  1. Kalau si Khalid merasakan diri ada maruah, adalah wajar dia meletak jawatan MB Selangor...........

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

    Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.

    Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.

    Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.

    Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping